Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Masihkah Mansor Othman “winable candidate” untuk PRU13?

0
0
  
Print Friendly
sumber: Malaysiakini
Mansor: Gelaran ‘tokong’ untuk ‘sanjung’ Guan Eng



PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman hari ini berkata laporan berhubung kenyataannya yang antara lain menyifatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai “sombong, angkuh dan tokong” bertujuan “memberi gambaran buruk tentang hubungan PKR dan DAP”.

Sedangkan, istilah seperti “tokong” itu merupakan “sanjungan dan penghormatan rakyat Pulau Pinang”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Perkataan seperti sombong, angkuh dan tokong telah dipetik di luar konteks bertujuan untuk memberi gambaran yang buruk tentang hubungan PKR dan DAP.

NONE“Sebagai contoh, perkataan tokong sebenarnya merujuk kepada sanjungan dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada ketua menteri,” katanya.

Mansor (berjaket) mengulas laporan berhubung kenyataannya dalam satu dokumen didakwa minit mesyuarat strategik PKR negeri yang turut dinafikannya.

“Saya ingin menegaskan, tidak ada mesyuarat strategik parti sepertimana yang dilaporkan”, katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa satu pertemuan telah diadakan “antara sekumpulan ahli PKR dengan pengerusi perhubungan negeri.”

“Perbincangan tidak rasmi ini berpusat kepada hal-hal parti dan perkara berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Jadi tidak ada minit mesyuarat tersebut,” katanya, merujuk kepada transkrip yang disiarkan di satu laman blog yang disifatkannya sebagai laman “anti-PKR”, gelagatanwar.wordpress.com pada Jun lalu.

Katanya, tindakan merakamkan perjumpaan berkenaan dan menyiarkannya di laman tersebut dilakukan dengan tujuan jahat bagi “merosakkan jalinan kerjasama dan hubungan baik antara PKR dan DAP.”

Mansor membacakan kenyataan itu sepenuhnnya dalam satu sidang media yang turut dihadiri Lim di Pulau Pinang hari ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Mansor menafikan bahawa beliau tidak mengeluarkan perkataan “sombong” dan “angkuh”, seperti yang dilaporkan.

“Saya tidak fikir…saya telah menyatakan (sombong dan angkuh). Tetapi ‘tokong’ saya ada sebut dan ia sebenarnya merujuk kepada sanjungan dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Ketua Menteri,” katanya kepada pemberita dalam sidang media
———————————————————————————————-
Ulasan:
Jalan cerita minit mesyuarat yang terdedah. Gelaran untuk LGE tue salah satu isu kecik je dalam minit mesyuarat tersebut. Inilah yang aku faham.
1. Mansor yang p gebang di media nak siasat satu blog yang mendedahkan minit mesyuarat.
2. Then lepas tue isi minit mesyuarat tue tersebar.
3. Dalam banyak2 benda, depa focus tang mansor menganggap lge = tokong, sombong, angkuh sedangkan selain dari perkataan2 tue, ada banyak jek yang mansor sebut.
4. Ketika confess kat malaysiakini si mansor tak cakap pun minit mesyuarat tue palsu dan sebagainya.
5. So bila dia tak mengaku benda tue palsu, jadi apa? Benda tue benar lah.
6. Kalau diperhatikan percakapan dia, sah2 dia mengambil untung / kesempatan. Nak menang putrajaya bukan untuk bantu rakyat tapi untuk diri sendiri. Dia sendiri yang nyatakan takan jadi yb jek? Duta, senator? Projek? Lue baca lah sendiri minit mesyuarat tersebut.
7. Lepas tue dia mengaku pula minit mesyuarat tue takde.. ada perjumpaan, ada perbualan tetapi tiada rakaman percakapan dan minit mesyuarat.
8. Halamakk yang mulut lue cakap depan press nak siasat minit mesyuarat yang terdedah tue pe citer? Takan time tue umno rasuk lue bhai?
9. Yang tak boleh blah tue pentaksub2 pkr salahkan umno.
10. Di ikuti pentaksub2 dap pun salahkan umno.
11. Hak eney.. lue tak reti nak hadam jalan citer ka?
12. Sapa yang p gebang kat media? ==> mansor = pkr.
13. Sapa yang p balas citer dengan up isu tokong dan blablabla dan membiarkan laporan yang tersebar seolah2 ia benar? = DAP.
14. Siapa yang tak nafikan apa2 yang mansor cakap tue palsu? => PKR.
15. Siapa yang tak reti nak pilih orang betul2 untuk pastikan dia bukan SPY dan sebagainya? ==> PKR dan DAP penang.

16. Lepas tue siapa yang dipersalahkan? ==> UMNO.
BODOH ke korang? Sendiri yang salah bila apa2 maklumat sulit terdedah. Toksah nak blame UMNO. Sesiapa yang masuk line politik patut tahu dengan siapa dia patut percaya dan dengan siapa dia tak patut percaya. Bila percayakan orang yang salah maka salahkan diri sendiri terlebih dahulu bahkan itu lah yang paling utama dia kena buat.

Laporan minit mesyuarat yang terdedah pun bukan penting sangat. Takde apa2 info sulit yang terdedah pun. Tetapi sekadar membantu kita mengenali bagaimana dap dan pkr bekerjasama.. dan bagaimana sikap si mansor tue.

Walaupun aku menyampah kat UMNO tapi aku tak sokong apa2 yang berperangai macam UMNO. Pendirian aku jelas, apa2 yang sewaktu dengan UMNO aku tolak. Jika itu berada dalam PKR, dengan itu2 sekali aku tolak. Jika itu berada dalam PR, dengan itu2 sekali aku tolak. Bukan lah aku menyokong ikut parti. Jangan nak harap. Aku sokong ikut calon dan prestasi kerja. Baik orangnya, baik kerjanya, maka dia lah aku sokong. Orang2 macam neh kalau PR tak buang, ia akan merosakkan pr. Dan sepertilah bn rosak. Sama dan serupa. Fikirkan.

P/S: Kisah yang menimpa Mansur Othman ini diharap menjadi ingatan kepada ahli politik Pakatan Rakyat yang lain agar kembali ke nawaitu asal iaitu membela rakyat!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.