Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENANGKAPAN RAFIZI MEMBONGKAR RAHSIA SEBENAR ?

Rafizi, kami mendoakan kesejahteraan saudara

Aspan Alias, 01 Ogs 2012
Penahanan Rafizi Ramli, pengarah strategi PKR, pagi ini tidak memeranjatkan saya kerana tanda-tanda yang pentadbiran Najib akan menggunakan apa sahaja kuasa yang ada kepada beliau untuk menekan orang seperti Rafizi. Bagi UMNO dan pimpinan BN Rafizi itu bersalah kerana membocorkan rahsia kecurangan yang berlaku di dalam kerajaan.

Rafizi dituduh di bawah seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 di mahkamah seksyen Shah Alam pagi tadi. Bersama dituduh ialah Johari Mohamad, pegawai dari Public Bank, kerana bersubahat dalam kes ini.

Rafizi memang sentiasa berada di dada media dengan pembongkaran-pembongkaran yang melibatkan salahguna wang dan harta rakyat yang berlaku di dalam kerajaan pada masa kini. Kita tidak menafikan jika ada akta yang boleh membawa Rafizi ke mahkamah, tetapi apa yag dibongkar oleh Rafizi itu sememangnya isu yang melibatkan wang dan harta rakyat yang sedang dirompak oleh pihak yang diberi mandat oleh rakyat selama ini.

Pembongkaran yang dilakukan oleh Rafizi telah menambah maklumat yang sebenarnya yang sepatutnya diketahui oleh umum sebagai empunyai negara ini. Pembongkaran oleh Rafizi sejak akhir-akhir ini membuatkan kerajaan BN yang sedang dalam keadaan ‘desperado’ menjadi ‘defensive’ dan banyak isu yang di bongkar oleh Rafizi tidak mendapat jawapan dan respons yang memuaskan banyak pihak.

Penahanan Rafizi awal pagi tadi menjadi berita hangat di pasaran politik negara dan di mana-mana rakyat memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap isu penangkapan itu. Apa yang jelas kita dengar ialah persepsi rakyat terhadap BN bertambah merudum dan mengambil pandangan yang penangkapan itu merupakan salah satu dari tindakan BN untuk mempertahankan kuasa yang kian hari kian menjelaskan kemungkinan besar kuasa kerajaan akan berpindah tangan.

Kesalahan Rafizi, jika ada pun, akan tetap memberikan impak negatif yang besar terhadap pihak kerajaan. Jika Rafizi melakukan kesalahan dengan pembongkaran itu, tetapi kenyataannya tetap menyatakan yang apa yang dibongkar oleh beliau itu ada perkara yang benar-benar berlaku dan memudaratkan negara dalam jangka masa yang panjang. Penahanan dan tuduhan terhadap Rafizi tetap merupakan pengorbanan peribadi yang terpaksa beliau lalui semata-mata untuk mencari kebenaran.

Bagi saya penahan dan tuduhan terhadap beliau itu akan memberikan semangat kepada rakyat ramai untuk bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk mengharungi ranjau-ranjau yang kita terpaksa lalui untuk meruntuhkan ‘hagemony’ UMNO dan BN yang tidak bertanggungjawab sepenuhnya terhadap masa depan perjuangan rakyat untuk membina negara yang maju dan kehidupan rakyat yang harmoni di antara semua kaum buat selama-lamanya.

Kepada Rafizi, saya bagi pihak keluarga saya keseluruhannya, mengucapkan syabas di atas pengorbanan beliau dalam perjuangan kita dan saya berharap beliau akan tetap bersabar menempuh segala halangan yang diletakkan di hadapan beliau selama ini.

Saya yakin Rafizi tidak akan gentar dan akan terus memberikan tugas untuk melakukan  anjakan dan peralihan dalam politik negara yang sekarang sedang bersedia untuk menempuh perubahan yang akan berlaku buat kali pertamanya sejak negara merdeka 55 tahun yang lalu.

Rafizi mesti mengetahui yang saudara mendapat sokongan ramai yang sentiasa berdoa saudara akan bertambah gigih untuk mencari kebenaran. Sokongan kerajaan negeri Selangor seperti yang diumumkan oleh TS Khalid Ibrahim petang tadi amat menggembirakan orang biasa seperti saya di bawah ini.

TS Khalid pastinya memahami apa yang dihadapi oleh Rafizi kerana beliau sendiri (TS Khalid) juga sedang menghadapi serangan yang tidak bermoral politiknya dari pihak BN sekarang ini. Janji kerajaan Selangor untuk membayar segala kos guaman Rafizi itu sangat-sangat saya sanjungi.

Kita semua tahu di negara ini yang memberikan maklumat terhadap kemungkaran pihak berkuasa merupakan pihak yang salah, tetapi kepada mereka yang melakukan segala kemungkaran terhadap rakyat dan negara sentiasa mendapat perlindungan dari kuasa yang ada di tangan mereka.

Itu pun sebabnya menukar kerajaan adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menghapuskan segala kemungkaran politik dan ekonomi yang sedang dilakukan oleh pihak BN tanpa had sekarang ini.

Kita mesti mengetahui yang rakyat sedang memerhatikan gelagat pimpinan BN sekarang ini bukan sahaja dengan mata yang zahir tetapi dengan mata hati yang tajam itu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

1 orang berkata:

Anonymous said...

Kalau macam ni...macam mana nak bongkar penyelewengan yang berlaku dalam perbelanjaan kewanagan kerajaan. Jadi kita tak perlu ade polis, SPRM...biar lah penyelewengan terus berlaku...sehingga negara kita jadi miskin...sedih dengar berita macam di negara yang ku cintai

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.