Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAKAYAT MALAYSIA MASIH BOLEH DIPERBODOHKAN OLEH GOLONGAN PEMODAL


Friday, August 24, 2012

Harga kereta 2012 : USA VS MALAYSIA

Aidilfitri tempohari, kami sempat bertanyakan seorang rakan kami yang baru pulang ke Malaysia selepas melanjutkan pelajaran di Jepun selama 3 tahun. 


Antara soalan yang kami tanya, "Berapa Jepun jual kereta tempatan mereka (Toyota & Honda) kepada rakyat Jepun?". Rakan kami memberitahu, setakat Honda di Jepun, ianya dijual sekitar RM30,000 sahaja.

Kos hidup di Jepun sangat tinggi, tapi pendapatan d
i Jepun juga amat tinggi. Kalau setakat nak beli iPhone tu, hanya 1/3 gaji sahaja dari gaji basic sebulan. Kalau di Malaysia? Tak ramai yang mampu sampai perlu kumpul berbulan-bulan baru mampu beli.

Korang tak pelik ke, kenapa Jepun boleh jual kereta tempatan mereka pada harga serendah RM30k sedangkan Malaysia menjual kereta tempatan dengan kualiti dan teknologi yang tidak menyamai kereta Jepun pada harga yang jauh lebih tinggi? 
 
Kalau Jepun boleh jual kereta buatan mereka RM30,000 sahaja di sana, patutnya Malaysia boleh jual dengan harga lebih murah lagi untuk Proton di Malaysia (atau atleast, benarkan rakyat untuk beli apa sahaja kereta kegemearan mereka bukan dengan harga yang sangat mahal)
 
 

Kalau masih tak percaya, cuba convert harga jualan Chevrolet Camaro di US. Lepas convert duit Malaysia, hanya RM80k lebih sahaja. Even kereta Korea serta Jepun yang masuk ke pasaran US juga sangat rendah harga mereka.


Rakan kami berkata lagi, beza antara negara membangun dengan negara maju mungkin begitu. Negara maju mahu membantu dan meringankan beban rakyat. Negara membangun pula menindih rakyat untuk menjadikan negara sebuah negara maju.


Dari gambar tu, tahu kenapa harga kereta melambung macam tu sekali? Adakah kerana kewujudan Proton di Malaysia? Iyalah, siapa mahu beli Proton Persona kalau dah boleh dapat Camry sebiji dengan harga yang sama kan? Mohon pencerahan.


Apa kata anda sebagai rakyat yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Kita bincang... kita bincang...


Pssst! Buka mata, buka hati. Ini bukan soal politik, tapi ini soal kehidupan dan masa depan anak cucu kita nanti. Tidak kiralah siapa pun yang memerintah Malaysia, berikanlah masa depan yang lebih cerah untuk generasi yang akan datang. Ini belum cerita soal harga tanah lagi. 
 
Fuh! Berfikirlah panjang lagi dengan lebih terbuka. Jangan sempitkan otak sikit-sikit politik, sikit-sikit politik. Heh!
-oh media 
 
 
Nizar
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.