Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
AES: Mahkamah benar semak keputusan MPSepang

19 Disember 2012
AES
Sistem AES
KUALA LUMPUR - Syarikat pengendali Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Beta Tegap Sdn Bhd hari ini diberi kebenaran untuk semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) meruntuhkan dua tiang AES.
   
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan tersebut di dalam kamar di sini dengan dihadiri peguam Alex De Silva, mewakili syarikat tersebut dan peguam M. Indrani serta K. Kandiah bagi pihak MPSepang.     
Alex memberitahu pemberita bahawa Hakim Zaleha memerintahkan supaya MPS tidak mengambil sebarang tindakan sementara menunggu keputusan mahkamah.
  
Katanya, mahkamah menetapkan 6 Februari tahun depan untuk pengurusan kes dan 14 Februari sebagai tarikh perbicaraan.
  
Pada 12 Disember lalu, syarikat Beta Tegap memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan MPSepang.
   
Menurut Alex, menerusi sepucuk surat bertarikh 19 November lalu, MPSepang memutuskan bahawa syarikat Beta Tegap perlu memohon kebenaran untuk pemasangan tiang dan kamera AES di KM301.7, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah ke Kuala Lumpur berhampiran ibu pejabat Lembaga Lebuhraya Malaysia dan di KM6.6, lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) arah ke Kajang, berhampiran stesen Minyak Shell Taman Suria Tropika. Kedua-duanya di Dengkil, Sepang.
  
Katanya, MPSepang menerusi surat bertarikh 6 Disember lalu memutuskan bahawa syarikat itu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 70(13)(c) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 iaitu mendirikan tiang AES tanpa sebarang kebenaran bertulis daripada MPSepang dan syarikat terbabit diarah meruntuhkan tiang AES dan menutup (menyarung) kamera AES serta merta dalam tempoh 14 hari dari notis tersebut.
  
Sehubungan itu, syarikat Beta Tegap memohon mahkamah membatalkan keputusan tersebut dan memohon satu deklarasi bahawa MPSepang tidak mempunyai bidang kuasa ke atas Lebuhraya PLUS dan SKVE yang berada di bawah bidang kuasa Lembaga Lebuhraya Malaysia.
  
Syarikat Beta Tegap memohon supaya keputusan meruntuh dan menutup kamera AES itu digantung, sementara menunggu penyelesaian semakan kehakiman - Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.