29 Disember, 2012
Panas!! Tindakan Terburu-Buru Zahid Hamidi Membuktikan Dakwaan Deepak Benar
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri
Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi menyalah guna kuasa apabila
menggunakan wang pencen anggota tentera menutup mulut Deepak Jaikishan
dari terus membuat siri pendedahan berkaitan skandal pembunuhan
Altantuya Shariibuu.
Pengarah Strategik KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata wang pencen itu
digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80
peratus saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200
ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd (Awan Megah).Urus niaga itu, katanya,
dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah
syarikat pelaburan hartanah miliki penuh Boustead Holdings Berhad, milik
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
"Sedangkan, modal dan aktiviti Boustead Holdings Berhad banyak
bergantung kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang
disalurkan melalui LTAT,” katanya pada sidang media di ibu pejabat
KEADILAN di sini, hari ini.Rafizi berkata, bayaran RM130 juta terhadap
200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindah milik kepada Awan
Megah sekaligus bermakna Zahid Hamidi mengambil RM130 juta dari caruman
anggota tentera.
Beliau berkata, wang itu kemudian digunakan untuk membayar syarikat
milik seorang pimpinan Umno tanpa sebarang tukaran aset kerana tanah
berkenaan belum dipindah milik kepada Awan Megah.“Nilaian RM130 juta
bagi 200 ekar tanah itu pula dibuat semata-mata atas dasar persetujuan
antara penjual dan pembeli tanpa menggunakan penilaian bebas,” katanya.
Mengaskan Zahid Hamidi patut berhati-hati dalam membuat pelaburan terbaik untuk kepentingan anggota tentera, Rafizi menyifatkan urus niaga itu bukan atas pertimbangan komersial dan panduan pelaburan LTAT.“Ia dibuat semata-mata untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini. Maka, tindakan tidak berwaspada Zahid Hamidi menyalah guna kuasa dengan mengarahkan LTAT membayar RM160 juta mengesahkan pendedahan Deepak itu benar hingga Najib Razak.
"Saya akan mendedahkan bayaran yang dibuat Deepak terhadap pihak tertentu yang dikaitkan dengan Najib Razak, memandangkan jelas pendedahan itu ada kredibiliti dan kebenarannya,” kata beliau.Untuk membaca kenyataan media secara penuh, klik SINI. ~kd

0 orang berkata:
Post a Comment