Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Muhyiddin: Biar tarikh PRU13 kekal teka-teki
28 Disember 2012
Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
PUTRAJAYA - Beberapa hari lagi menjelang tahun baru 2013, tarikh sebenar Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) masih menjadi teka-teki umum.
Namun begitu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan ia sebagai satu keseronokan untuk membuat teka-teki mengenai tarikh sebenar PRU13.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi gambaran yang sangat jelas bahawa PRU13 akan diadakan pada tahun hadapan.

"Bolehlah buat teka-teki tarikhnya bila... Seronok juga kerana ada peluang dengar teka-teki dan kalau kita dah buat (umum tarikh sebenar), kita tak ada 'fun' lagi," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat di Majlis Interaksi Timbalan Perdana Menteri Bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Muda di sini hari ini.

Timbalan perdana menteri berkata orang ramai, termasuk ahli politik harus bersabar menunggu pengumuman rasmi perdana menteri mengenai tarikh PRU13.

"Kita tahu perdana menteri akan putuskan, cuma tinggal bulan dan minggu sahaja (belum umum). Bila masa yang paling sesuai, saya fikir tunggu sahajalah," katanya.

Apabila ditanya sama ada perdana menteri akan menunggu sehingga Parlimen terbubar secara automatik pada April tahun depan, Muhyiddin berkata: "saya tidak tahu".

"Apa yang saya tahu, kalau Perdana Menteri tidak jawab, takkan saya nak lebih pandai daripada Perdana Menteri. Tunggu sahajalah," katanya.

Mandat kerajaan akan berakhir pada 28 April tahun depan dan secara automatik Parlimen akan terbubar dengan sendiri pada 29 April. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.