Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BN TERKANTOI RAHSIA TERBONGKAR

PKR minta SPR siasat isu 'pangkah BN'
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI 27 Disember 2012
PKR minta SPR siasat isu 'pangkah BN' Yit Thong (tengah) dan Arsian (kiri) menunjukkan contoh kertas undi diberikan kepada Orang Asli pada program tersebut.
 
IPOH – PKR Perak menggesa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menyiasat isu melibatkan masyarakat Orang Asli di Batu 6, Batu 7 dan Batu 8 di Jalan Pahang,  Tapah yang didakwa dipaksa mengundi Barisan Nasional (BN) pada satu program baru-baru ini.

Bendahari PKR Negeri, Datuk Dr Yap Yit Thong mendakwa, paksaan tersebut disampaikan melalui program bersiri anjuran pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Adun Chenderiang, Datuk Dr Mah Hang Soon di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada masyarakat Orang Asli  di kawasan itu, mereka diberikan dua kertas undi yang mirip dengan kertas undi sebenar bagi Dun Chenderiang serta Parlimen Tapah dan dipaksa memangkah BN.

Menurutnya, setelah memangkah kertas undi berkenaan, mereka kemudiannya diberi sekampit beras lima kilogram sebagai ganjaran dan semua kertas undi berkenaan dipulangkan semula kepada BN atau Jakoa.

“Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan Jakoa serta Hang Soon yang jelas telah menyalahgunakan kuasa selain telah melanggar Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957.

“Oleh itu, kami memberi tempoh seminggu kepada pihak Jakoa serta Hang Soon untuk memberikan penjelasan terperinci berhubung perkara berkenaan serta menghentikan semua program di kawasan berkenaan.

“Kami juga mahu siasatan terperinci serta tindakan tegas diambil oleh pihak SPR terhadap Hang Soon serta semua kakitangan Jakoa yang terlibat,” katanya pada sidang media di Wisma Keadilan di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Biro Orang Asli PKR Negeri, Arsian Napitoepoeloe.

Terdahulu, Yit Thong mengesyorkan agar Hang Soon meletakkan jawatan selaku Exco Kerajaan Negeri serta Adun di kawasan berkenaan atas tindakan salah laku tersebut.

Katanya, Hang Soon secara terang-terangan juga telah menyalahgunakan kuasanya kepada rakyat di kawasan berkenaan apabila cuba meraih undi dengan memberi lima kilogram beras sekiranya memangkah BN kelak.

“Kami tidak sangka, mereka (BN) sanggup menggunakan taktik ini terhadap masyarakat Orang Asli ini agar memberi undi kepada BN.

“Pihak Jakoa juga sewajarnya bersikap lebih profesional dan menjaga hal ehwal masyarakat Orang Asli ini dan bukannya mudah diperalatkan untuk berkempen bagi pihak BN,” katanya lagi.

Sementara itu, Arsian berkata, tindakan sedemikian tidak sewajarnya berlaku dan pihak yang terlibat perlu tampil memberi penjelasan kepada umum kelak.

Katanya, tindakan sedemikian juga telah mencabuli hak kebebasan untuk mengundi bagi masyarakat Orang Asli di kawasan berkenaan.

“Apa yang saya nampak, ada tiga perkara yang cuba dilakukan di sini. Pertamanya, mereka nak Orang Asli ini untuk mengundi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Yang kedua, untuk buat survey mengenai peratusan undian Orang Asli dan ketiga untuk beri rasuah agar Orang Asli di sini mengundi mereka (BN) seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Tok Batin Batu 8, Kamizi a/l Bah Taik berkata, dakwaan itu tidak berasas dan tidak pernah berlaku di tempatnya.

Menurutnya, sepanjang enam tahun menjadi Tok Batin di situ, belum ada program seperti yang didakwa berlaku.

“Saya tahu kawasan saya dan program memaksa Orang Asli undi BN memang tidak pernah diadakan di sini,” katanya kepada Sinar Harian.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.