KEPUTUSAN DEBAT AKAN MEMBERIKAN KEPUASAN KEPADA UMNO DAN ORANG LAIN, JIKA AMANAT ITU PAS MENANG MAKA AHLI UMNO AKAN TINGGALKAN PARTI TERSEBUT MAKA SUNYI SEPILAH SUARA BANGANG MEREKA, JIKA TIADA DEBAT MAKA UMNO TERUS SESAT PULAK, SO MENGAPA TIDAK SELAMATKAN AHLI UMNO YANG BELUM FAHAM ? PAS TAKUT KE BERDEBAT ? JIKA PAS TAKUT MAKA DAKWAAN UMNO LA YANG BETUL - Pak Karamu
Thursday, December 27, 2012
Debat ‘Amanat Hadi’ cerita lama
KUALA
LUMPUR: PAS sama sekali menolak sebarang perbincangan mahu pun debat
berkaitan ‘Amanat Haji Hadi’ kerana menganggap ianya satu isu lama sejak
30 tahun lalu yang sengaja ditimbulkan semula Umno.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, isu ini pernah hangat sekitar tahun 80-an apabila PAS dan Umno bersetuju menerima cabaran untuk berdebat secara terbuka mengenai isu kafir-mengkafir.
Bertajuk ‘Umno Kata PAS Kata Umno Kafir’, tempat dan masa sudah pun ditetapkan termasuk barisan pendebat daripada Umno dan PAS.
“PAS pada ketika itu membariskan pendebat ulama’ iaitu (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang yang kini Presiden PAS, Datuk) Harun Taib dan (Datuk) Nakhaei Ahmad (kini menjadi ulama Umno) manakala Umno antaranya diwakili (Datuk) Ibrahim Azmi dan (Datuk) Dasuki Ahmad.
“Malah Umno pada ketika itu pernah buat raptai debat,” katanya.
Namun menurut Mahfuz, debat dibatalkan pada saat akhir apabila wujud campur tangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada ketika itu baru sahaja menjadi Perdana Menteri dalam satu keputusan Majlis Raja-Raja (MRR) apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan pembatalannya di kaca televisyen.
“Ini kena tanya Majlis Raja-Raja pasal apa boleh batal…Penyimpan Mohor umum dalam tv debat dibatalkan,” katanya.
Meramalkan tidak akan wujud jalan persefahaman mengenai isu ini, Mahfuz berkata sejarah sudah membuktikan usaha untuk mengadakannya adalah sia-sia.
Sebelum ini beberapa tokoh agama termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Abdul Hadi menarik balik amanat mengatakan Umno sebagai kafir.
Manakala Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad mencadangkan supaya satu pertemuan antara Hadi dan ulama lain perlu diadakan bagi mengelakkan kekeliruan berterusan dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Posted By : Jeebond
0 orang berkata:
Post a Comment