Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Lagi kisah anak ugut mahu belasah emak
RUBIAH OMAR
22 Disember 2012
KUALA TERENGGANU – Si Tanggang moden! Sudahlah bertindak mencuri barang kemas milik ibunya, tidak cukup dengan itu, seorang anak tergamak mengugut akan membelasah mangsa apabila perbuatannya itu diketahui dalam satu kejadian di kediaman mereka di Kampung Jati, Gong Badak di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, suspek, 32, bertindak mencuri seutas gelang tangan dan cincin emas berlian milik ibunya, 61, apabila bengang permintaannya untuk mendapatkan sejumlah wang tidak diendahkan.


Menurut sumber, kedegilan mangsa yang enggan memberikan wang seperti diminta menyebabkan suspek naik angin sebelum mengambil sebentuk cincin emas berlian dan seutas gelang tangan emas berlian milik mangsa.


“Suspek menyorokkan barang kemas itu di dalam almari selain mengugut mahu membelasah mangsa apabila perbuatannya itu disedari,” katanya.


Katanya, bimbang perkara tidak diingini mungkin akan berlaku, mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Gong Badak, beberapa jam selepas kejadian itu.


Susulan laporan diterima, sepasukan polis berjaya menahan suspek di depan rumah mereka dan hasil soal siasat, suspek mengaku mencuri barang kemas milik ibunya.


Sumber berkata, suspek mendakwa barang kemas berkenaan disimpan di dalam peti di bilik tidur mangsa dan pemeriksaan lanjut berjaya menemui barang kemas berkenaan dengan gelang tangan emas sudah dipotong.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asistan Komisionar Zamri Shamsudin mengesahkan kejadian dan menjelaskan kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.