Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ATE ? HADI DARI PARTI ISLAM DIA BERILAH PANDANGAN ISLAM BUKAN PANDANGAN MELAYU


11,Jan

Isu Kalimah Allah: Hadi Betul Dari Sudut Agama - Dr.Asri

Pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu kalimah Allah adalah betul dari sudut agama, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Dari sudut agama, pandangan Hadi betul. Umat bukan Islam mempunyai hak memanggil Supreme Being sebagai Allah. Orang Yahudi dan Kristian juga boleh menggunakan kalimah Allah,” kata Asri.

Beliau menambah bahawa pandangannya turut disetujui oleh ramai ulama Islam di peringkat antarabangsa seperti Yusuf Qardawi.

Beliau turut mengulas titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dengan menyifatkannya sebagai urusan pentadbiran.

“Ia seperti kelajuan kereta. Meskipun kereta tersebut milik anda, kerajaan ada hak untuk menghadkan kelajuan kereta,” kata Asri.

Penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam menjadi isu hangat apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menggesa kerajaan membenarkan kalimah itu digunakan oleh masyarakat Kristian pada bulan lepas.

Ekoran itu, Pakatan Rakyat turut mengambil pendirian membenarkan penggunaan kalimah Allah. Sultan Idris Sharafuddin Shah bagaimanapun telah bertitah melarang nama Allah digunakan oleh masyarakat bukan Islam. Pendirian sama turut dipegang oleh para pemimpin Umno.

Terdapat segelintir pemimpin PAS yang turut sama menentang meskipun Hadi telah menyatakan bahawa bukan Islam boleh menggunakan nama Allah pada hari Selasa lalu.

Asri turut menjelaskan kebimbangan masyarakat Melayu Islam berkenaan penggunaan kalimah Allah.

“Orang Islam takut nama Allah akan digunakan ke atas berhala,” katanya.

Malaysia beza dengan Timur Tengah

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) Fathul Bari Mat Jahaya tidak bersetuju berasaskan faktor budaya.

“Budaya masyarakat Malaysia berbeza dengan masyarakat Timur Tengah.> Mana ada kalimah Allah digunakan oleh masyarakat selain masyarakat Islam dalam kehidupan seharian,” kata Fathul.

Beliau menambah bahawa bukan semua orang Kristian yang bertegas untuk menggunakan kalimah Allah.

“Terdapat 9.

2 peratus orang Kristian di Malaysia. Majoritinya tidak membuat tuntutan sama.

Kristian Protestan tidak bersetuju.

“Tak pernah ada tuntutan dari Paus Benedict XVI agar masyarakat Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah,” jelas Fathul.


Hadi: Umno mahu tutup isu sendiri


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno memainkan isu amanatnya kerana mahu menutup pelbagai isu yang dikira menghantui mereka.

Katanya ia seperti kegusaran generasi peneroka Felda dan penyelewengan yang berlaku kepada Felda, riuh-rendah pembongkaran Deepak dan penganiayaan mereka terhadap orang Melayu.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu mendakwa lagi, ketika ramai di kalangan ulama PAS dan pemimpinnya merengkuk dalam penjara sejak awal 60an, kalangan agamawan yang menjadi syaitan bisu, tidak berani menegur atau menasihati pemimpin yang menghina Islam.

“PAS dan parti Islam di negara lain menghadapi cabaran getir bagi membetulkan masyarakat yang songsang pemikirannya ini.

“Ketika itulah kita berdepan dengan umat yang jahil, para ulama yang lemah dan kerajaan yang zalim,”katanya dalam kenyataan media semalam.

Menurut Hadi lagi, isu “takfir” (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam Umno, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an.

Beliau berkata, apabila PAS ditendang dari BN pada tahun 1979 isu kafir mengkafir dihidupkan semula.

PAS berada dalam kerajaan campuran 1970 -1978 memberi kesempatan kepada bahagian agama Jabatan Perdana Menteri, menerbitkan buku Mustika Hadith Jilid 1 menampilkan perkara yang merosakkan iman (membatalkan iman).

“Ia bagi menyedarkan penganut Islam adanya perkara yang membatalkan dua kalimah Syahadah, bukan sahaja membatalkan sembahyang.

“Malangnya ramai kalangan pengikut Umno tidak mempelajarinya di waktu itu,” tambahnya lagi
-FMT

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.