Jumaat, 11 Januari 2013
MALAM INI KITA BERJUMPA DI KELAB SULTAN SULAIMAN KG BARU
MALAM INI KITA BERTEMI DI KELAB SULTAN SULAIMAN
Sepertimana yang telah diumum sebelum ini, Solidariti Anak Muda Malaysia
(SAMM) dengan kerjasama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) disokong
oleh badan induk sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat akan
menganjurkan sebuah Festival Rakyat yang menjadi Rapat Kemuncak
Menjelang Hari Kebangkitan Rakyat.
Bertempat di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur,
kemuncak program telah disusun satu festival rakyat mengira detik
(countdown) kehadiran tanggal yang bakal menjadi sejarah iaitu 12
Januari 2013. Rapat mengira detik ini juga akan menjadi lapang sambutan
bagi peserta himpunan yang datang dari luar Kuala Lumpur yang dijangka
sampai awal.
Selain ucaptama amanat pimpinan yang mengetuai himpunan, akan
ditampilkan juga rakyat tertindas yang akan muncul menyuarakan masalah
mereka sendiri selaku suri rumah, pekerja kilang, pemandu teksi, pesawah
dan petani, pekerja swasta, mahasiswa, penganggur, profesional muda dan
ramai lagi. Ini akan menjadikan rapat memuncak mengira detik #KL112 ini
benar – benar pentas rakyat yang memulakan mood pesta tuntutan rakyat.
Paling penting, pentas Rapat Kemuncak ini akan memberikan pengarahan
terakhir agar majoriti peserta himpunan memahami pengarahan untuk
esoknya dan menjamin kelicinan dan kejayaan himpunan. Segala pedoman dan
pengarahan gerakan pada 12 Januari akan diumumkan oleh badan induk HKR.
Pedoman ini penting bukan sahaja untuk memastikan rakyat yang berhimpun
maklum dengan arahan mengharungi 12 Januari, malah pedoman ini juga
memberi gambaran kepada pihak polis supaya tidak panik dan termakan
provokasi atau arahan pihak atasan yang tidak bertanggungjawab.
Dijangkakan lebih 50 ribu peserta himpunan yang telah menempah kehadiran
awal ke Kuala Lumpur akan memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman dan
kemuncak mengira detik akan menyaksikan letusan bunga api yang
menandakan bermulanya Hari Kebangkitan Rakyat.
Akhir sekali setelah tamat percikan bunga api, sebuah ikrar yang
istimewa akan dideklamasikan dan juga doa akan dibaca demi memastikan
Hari Kebangkitan Rakyat akan berlangsung dengan aman dan selamat.
Che'GuBard
Ketua Penyelaras SAMM
NAMA PROGRAM : RAPAT KEMUNCAK COUNTDOWN #KL112
ANJURAN : SAMM & SMM DENGAN NAUNGAN JK INDUK HKR
TARIKH &MASA : 11 JAN 2013, 8.30mlm – 12.30 tgh mlm
VENUE : KELAB SULTAN SULAIMAN, KG BARU
GILIRAN PENTAS
RANGKUMAN PERTAMA (8.45pm)
TOKOH / SELEBRITI
|
ORIGIN
|
AMRAN
|
PEMANDU TEKSI
|
ZURAIDI
|
PEKERJA KILANG
|
JAMIAH
|
SURI RUMAH
|
SHARIFAH
|
PENIAGA MELAYU P.PINANG
|
IBRAHIM ALI
|
NELAYAN
|
YB TIAN CHUA
|
NAIB PRESIDEN PKR
|
CIKGU NORMALA
|
GERAKAN PEMBANGUNAN PENDIDIK KEBANGSAAN
|
CYNTHIA GABRIEL
|
SUARAM
|
WAKIL
|
PERSATUAN BEKAS POLIS
|
PROF DR G BALASUBRAMANIAM
|
Wakil professional India Muda
|
KOL (B) NAZARI
|
Kerabat
|
DINSMAN
|
PENGGIAT SENI
|
RANGKUMAN KEDUA (9.25pm)
TOKOH / SELEBRITI
|
ORIGIN
|
YB HUSAM MUSA
|
PAS
|
YB FUZIAH
|
NAIB PRESIDEN PKR
|
WONG TACK
|
ANTI-LYNAS
|
YB ANTHONY LOKE
|
DAP
|
SUHAIZAN
|
TANAH
|
HARIS IBRAHIM
|
AKTIVIS ASALKAN BUKAN UMNO
|
SHAHARUDDIN
|
SELAMATKAN PANTAI PD
|
WAKIL PENGERANG
|
RAPID PENGERANG
|
TN SYED IBRAHIM
|
GERAKAN MANSUH ISA
|
ITO (PERSEMBAHAN)
|
PENGGIAT SENI
|
RANGKUMAN KE-3 (10.15pm)
TOKOH / SELEBRITI
|
ORIGIN
|
YM TENGKU HARMY
|
SEPUPU YDP BESAR N.SEMBILAN
|
RAJA BAHARIN
|
‘R’ TERENGGANU
|
ZUNAR
|
KARTUNIS
|
ABBY ABADI
|
SELEBRITI HIJRAH
|
HAIRIE OTHMAN
|
SELEBRITI HIJRAH
|
ISHAM RAIS
|
AKTIVIS INTERNASIONAL
|
SAFFWAN ANANG
|
PRESIDEN SMM
|
KC HENG
|
DEMA
|
ADAM ADLI
|
PENGARAH PROG/MAHASISWA
|
ISHAK SURIN
|
MUAFAKAT
|
Prof Dr. Shaharir
|
GM PPSMI
|
PAK SAMAD (PENYAMPAIAN SAJAK)
|
SASTERAWAN NEGARA
|
RANGKUMAN KE-4 (11.05pm)
TOKOH / SELEBRITI
|
ORIGIN
|
ABDULLAH ALI
|
BEKAS PEMAIN BOLASEPAK
|
DATUK FAUZI SHAARI
|
BEKAS KETUA JSJ PDRM
|
MAZLAN ALIMAN
|
ANAK
|
NAZRI DERAMAN
|
‘R’ KELANTAN
|
TS KADIR SHEIKH FADZIL
|
TOKOH UMNO
|
ARUL
|
PSM
|
BLANK (PERSEMBAHAN)
|
SELEBRITI HIJRAH (BEKAS KUMPULAN GAMMA)
|
RANGKUMAN TERAKHIR (11.45pm)
TOKOH / SELEBRITI
|
ORIGIN
|
AMNI JAGAT (SAJAK)
|
PENGGIAT SENI
|
YB SYED AZMAN
|
PAS
|
YB DS WILFRED BUMBURING
|
Angkatan Perubahan Sabah
|
YB DATUK SAIFUDIN NASUTION
|
S/U AGONG PKR
|
TS KHALID IBRAHIM
|
MENTERI BESAR SELANGOR
|
TN HJ MAT SABU
|
PENGELOLA HKR / TIMBALAN PRESIDEN PAS
|
0 orang berkata:
Post a Comment