Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEMANG KERJANYA BARUA

Tuesday, January 8, 2013

Tak Dilayan Jadi Barua, Jadi Penyibuk Pulak!

Perkasa yang tak 'reti basa' 
Memang barua jenis bangsat!

Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkasa lapor polis

Jamilah Kamarudin
 | January 8, 2013
Perkasa bimbang himpunan itu sebagai cubaan menghidupkan suasana seperti di Dataran Tahrir, Mesir kerana mendapat maklumat kumpulan itu akan berkumpul di Dataran Merdeka
KUALA LUMPUR:  Perkasa membuat laporan polis terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) anjuran Pakatan Rakyat pada Sabtu ini.
Timbalan Ketua Penerangan Perkasa Abdullah Mansor membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.
Abdullah dalam laporan polisnya berkata, pihaknya bimbang pembangkang sengaja mengadakan himpunan itu sebagai cubaan untuk menghidupkan suasana seperti di Dataran Tahrir, Mesir kerana mendapat maklumat kumpulan itu akan berkumpul di Dataran Merdeka.
“Perkara seperti ini sudah beberapa kali berlaku, termasuk mereka pernah membohongi Tuanku Yang diPertuan Agong (YDPA) untuk mengadakan himpunan haram Bersih 3.0.
“Bersih 3.0 akhirnya mencetuskan rusuhan dan kacau bilau menyebabkan banyak harta awam rosak dan menjejaskan keselamatan awam,” katanya dalam laporan polis tersebut.
Beliau berkata, wujud juga keluhan daripada peniaga dan pemandu teksi sekitar Kuala Lumpur yang bimbang perniagaan mereka bakal terjejas sekiranya berlaku rusuhan akibat HKR.
Sehubungan itu, pihaknya berkasa polis dapat mengambil tindakan menghalang himpunan itu kerana bimbang berlakunya rusuhan lagi seperti himpunan lain anjuran pembangkang.
‘Countdown’ HKR akan bermula pada malam 11 Januari di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru dan akan berterusan pada esoknya di sekitar sini.
Tiga lokasi mulanya berkumpul seperti yang dicadangkan penganjur adalah Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), Masjid Negara, Kelab Sultan Sulaiman sebelum berarak menuju ke Stadium Merdeka.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.