Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEMANG PEKAK DAN DEGIL

[HKR 112] Rakyat Bangkit Kerana SPR & Kerajaan Pekakkan Telinga Terhadap Tuntutan BERS✔H


Walaupun Tidak Diendahkan, Rakyat Perlu Terus Tekan SPR

Orang ramai perlu terus mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meskipun badan itu masih tidak mengendahkan tuntutan agar pilihan raya bebas dan adil dilaksanakan.

Ini kerana, pilihan raya bebas dan adil merupakan hak rakyat yang perlu diperjuangkan oleh semua lapisan masyarakat dengan memberikan tekanan berterusan kepada pihak berkuasa kata Mohamad Sabu.

Oleh itu kata Mohamad, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), orang ramai diseru agar datang ke himpunan tersebut di Stadium Merdeka Sabtu ini.

Katanya SPR harus memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem pilihanraya negara ini sebelum rakyat memilih cara lain bagi menyuarakan kehendak mereka.

“Kerana itulah kita dapat lihat kerajaan di dunia ketiga akhirnya dijatuhkan melalui jalanraya seperti Iran, Filipina, Indonesia, Poland dan terbaru seperti Tunisia, Mesir, Yaman semuanya melalui jalan raya.

“Kita tak mahu berlaku begitu, kita harap di Malaysia berlaku pertukaran kerajaan melalui pilihan raya.


“Sebab itu kita mahukan pilihan raya yang bersih” kata Mohamad dalam satu wawancara bersama TV Selangor di sini hari ini.

HKR yang akan berlangsung pada Sabtu ini bakal menarik kehadiran ratus ribuan peserta dan akan berlangsung di Kuala Lumpur.

Setakat ini, Permodalan Nasional Berhad, syarikat yang mengurus Stadium Merdeka masih tidak memberi kebenaran kepada PR untuk menggunakan tapak tersebut.

Ini walaupun PR telah mengemukan permohonan untuk menyewa tapak terbabit.

Himpunan BERSIH 3.0 yang diadakan di kawasan sekitar Dataran Merdeka pada April 28 tahun lalu menarik 250,000 peserta yang turun bagi mendesak Kerajaan Persekutuan agar memperbaiki sistem pilhanraya.

Bantah ikut perundangan diabai, ayuh turun 12 Januari

Semua bentuk bantahan yang mematuhi saluran undang-undang sudah digunakan demi membaiki sistem pilihan raya tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan melaksanakan lapan tuntutan Bersih.

Aktivis sosial, Hishamuddin Rais kesal kerana tiada satu pun tuntutan dilaksanakan, malah penggunaan dakwat kekal yang dilihat satu-satunya ‘harapan’ dikhianati SPR melalui tipu muslihat.

“Sistem dakwat kekal di luar negara, celup jari dan tanda hitam tak boleh mengundi. Di Malaysia, celup jari ke dakwat boleh mengundi. Undang-undang apa ini?


“Patutnya orang yang jarinya kosong (tak bercelup dakwat) dibenar mengundi. Orang yang dah ditanda – tak boleh mengundi. Sistem apa ini? Ini sistem menipu!

“Kenapa SPR tak ikut standard antarabangsa? Kenapa tak ikut macam negara lain? Inilah contoh klasik penipuan SPR,” katanya dengan lantang.

Beliau berkata demikian depan 1,000 orang pada program Jelajah Anak Muda ke Himpunan #KL112 di padang Flat PPR Kempas, Johor malam tadi.

Justeru, beliau berkata tiada jalan lain untuk memberi amaran kepada SPR selain turun beramai-ramai ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka 12 Januari ini.

“Bercakap dah cukup. Laporan polis dah dibuat. Mahkamah dah pergi.

Tak ada cara lain untuk kita beri amaran kepada SPR dan kerajaan,” katanya.

“Berapa ramai?”tanya Hishamuddin sebelum disambut gamat disambut jawapan ‘sejuta! dengan bersemangat daripada hadirin di tapak ceramah.


“Yang kita lawan ialah sistem SPR. Sistem yang menipu. Adakah ayah-ibu, adik-kakak tak nampak lagi? Kalau dah tahu nak buat apa? Kita bantah dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat,” katanya.

Turut berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat; Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack dan Pengerusi Gabungan NGO Pengerang (GNP), Anis Afida Mohd Azli.
-KD


Bermula di KSS sebelum ke Stadium Merdeka

TEMERLOH: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur Sabtu ini akan bermula di Kelab Sultan Sulaiman (KSS), Kampung Baru pada pukul 11 malam sebelumnya.

Pengarah HKR Mohamad Sabu, berkata himpunan di KSS itu bertujuan menampung peserta perhimpunan yang datang awal ke ibu negara dengan diisi program amanat pemimpin sebelum berarak ke Stadium Merdeka.

Timbalan Presiden PAS itu memaklumkan, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang telah bersepakat menyeru semua rakyat turun berhimpun.

“Jadi datanglah berhimpun pada Sabtu ini dari jam dua petang hingga pukul lima petang. Seelok-eloknya datang awal dan jangan lupa, bawalah keluarga dan anak-anak kerana perhimpunan ini berbentuk santai,” katanya ketika berucap secara lintas langsung dalam program Himpunan Anak Muda di sini malam tadi.

Perhimpunan kelmarin merupakan ‘road show’ peringkat negeri Pahang rapat kemuncak ‘count down’ HKR 112 satu juta rakyat Sabtu ini.

Muhamad sepatutnya berceramah pada majlis tersebut namun tidak dapat hadir berikutan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pada waktu yang sama.

Turut berucap Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, aktivis Hishamudin Rais, Ketua PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman, Adun Sekincan Ng Suee Lim, aktivis mahasiswa Safuan Anang dan Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad.

Sementara itu Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, berkata rakyat perlu turun beramai-ramai kerana perlawanan kali ini bukan lagi untuk menjatuhkan BN atau Najib dan menaikkan Anwar Ibrahim tetapi kali ini rakyat bangkit menentang kezaliman dan penipuan sejak 55 tahun.

“Ayuh kosongkan Temerloh, hanya orang-orang yang penakut saja yang terus tinggal di Temerloh pada hari itu,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh kira-kira 4,000 yang hadir.

Hishamudin pula menasihatkan peserta yang pergi ke HKR supaya tidak menggunakan kenderaan sendiri sebaliknya menaiki pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur
-HD

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.