Melayu Johor Termiskin, Bukti UMNO Gagal Pertahan Melayu
Submitted by edyesdotcom on January 18, 2013 – 2:53 PMNo Comment
Kenyataan Media
18 Januari 2013
18 Januari 2013
Melayu Johor Termiskin, Bukti UMNO Gagal Pertahan Melayu
Lagu “Anak kecil main api, Terbakar
hatinya yang sepi, Air mata darah bercampur keringat, Bumi dipijak milik
orang” merupakan lagu yang sering dilagukan oleh UMNO untuk membakar
sentimen orang Melayu agar terus bertuankan UMNO namun hakikatnya adalah
lagu ini mencerminkan betapa memang selama ini orang Melayu Johor telah
lama bermain dengan api apabila memilih UMNO/BN untuk memerintahkan
negeri ini sehingga menyebabkan tergadainya tanah-tanah negeri ini
kepada negara lain.
Kenyataan Presiden Dewan Perniagaan
Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas bahawa orang Melayu di
Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia mendedahkan hakikat
kegagalan UMNO untuk memartabatkan orang Melayu di negeri kelahirannya
ini. Perkara ini sememangnya bukanlah satu rahsia lagi. Ia sebenarnya
telah menjadi pengetahuan umum di sekitar bandaraya Johor Bahru betapa
sukarnya anak bangsa ini untuk memiliki rumah sendiri. Apatah lagi anak
muda yang baru saja menamatkan pelajaran, mendapat pekerjaan dan ingin
memulakan hidup mereka.
SAMM Johor amat kecewa dengan sikap
tutup mata Kerajaan Negeri pimpinan YAB Datuk Ghani Othman yang tidak
dapat melihat kemunduran dan peminggiran orang Melayu di negeri Johor
ini. Tambah mendukacitakan lagi, apabila Kerajaan Negeri lebih berminat
kepada orang luar seperti daripada Singapura, Timur Tengah dan United
Kingdom. Desakan hidup dan ketidakmampuan rakyat Johor untuk memiliki
rumah di sekitar Bandaraya Johor Bahru termasuklah di Wilayah
Pembangunan Iskandar mengakibatkan ramai rakyat terpaksa memilih
daerah-daerah berjiran untuk dijadikan kawasan tempat tinggal. Bukankah
ini merupakan satu dasar halus untuk menghalau rakyat negeri ini
daripada mengecapi nikmat kemajuan? Ini adalah satu bukti bahawa rejim
Ghani Othman ini sedang melaksanakan agenda “Kera di hutan disusukan,
anak di rumah mati kelaparan”.
SAMM Johor juga melihat rasional
pulangan bermanfaat dan keuntungan kepada rakyat Johor dalam projek
pembangunan Iskandar Malaysia seperti yang diumumkan oleh Perdana
Menteri bahawa projek ini telah melepasi sasaran pelaburan RM100
billion. Menteri Besar perlu memberikan penjelasan komorehensif
berhubung manfaat yang diterima oleh rakyat Johor keseluruhannya.
Sesuatu yang pelik sedang berlaku kerana di sebalik limpahan pelaburan
RM100 billion di Iskandar Malaysia dan pelaburan RM60 billion di projek
Hab Petrokimia Pengerang, namun DPMM telah mengeluarkan kenyataan bahawa
Melayu Johor lebih miskin daripada Melayu Kelantan. Apakah limpahan
kemakmuran ekonomi ini hanya berlegar di kalangan segelintir yang rapat
dengan UMNO/BN semata-mata?
Imbas kembali dalam himpunan Tanah yang
diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru sekitar pertengahan tahun 2012 di
mana SAMM Johor turut terlibat, penganjur telah dengan tegas menyebut
mengenai perkara ini namun ia dipandang sepi oleh rejim Ghani Othman.
Kali ini, isu yang sama muncul kembali. Tidak mungkin isu ini hanya satu
isu remeh.
Sehubungan itu, SAMM Johor dengan ini tegas mendesak :
1. Penjelasan penuh Kerajaan Negeri Johor berhubung pemilikan tanah, aset dan ekuiti Negeri Johor oleh rakyat negara luar.
2. Penyertaan 30% Melayu/Bumiputera dalam pemilikan tanah, aset dan ekuiti di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia.Sesungguhnya Menteri Besar Johor dan barisan Exco Kerajaan Negeri bertanggungjawab terhadap dakwaan bahawa Melayu Johor merupakan Melayu yang termiskin di Malaysia. Ketidakupayaan Menteri Besar dan UMNO/BN Johor untuk memastikan rakyat negeri ini untuk menikmati limpahan kemakmuran ekonomi menunjukkan bahawa barisan kepimpinan negeri ini berada di dalam masalah kredibiliti yang sangat serius. Johor tidak memerlukan barisan kepimpinan yang tidak kompeten.
3. Menghentikan segala kegiatan penafian hak masyarakat peneroka bandar.4. Menghentikan segala kegiatan menjual kepentingan negeri ini kepada individu atau institusi luar negara.5. Mendesak Kerajaan Negeri Johor untuk segera melaksanakan 10 tuntutan Himpunan Tanah Rakyat.
Kalaupun tidak berdiri sama tinggi dengan Singapura, Johor perlu menjadi sebuah negeri yang menjadi lawan yang hebat dan juga sepatutnya menerima sedikit kesan limpahan ekonomi Singapura apabila kemasukkan rakyat Singapura yang berbelanja di negeri ini sepatutnya memberikan banyak keuntungan kepada rakyat Johor. Seharusnya, Johor menjadi sebuah negeri yang memakmurkan ekonomi dan menjaga kebajikan rakyatnya bukannya mengutamakan rakyat negara lain.
Pembongkaran DPMM ini seharusnya dijadikan titik kebangkitan untuk semua rakyat Negeri Johor tanpa mengira bangsa dan agama bersama- sama bersatu hati menokhtahkan pemerintahan UMNO/BN yang tidak pernah menjaga kepentingan rakyat. Masanya telah tiba untuk kita hukum pemimpin yang culas dalam memartabatkan rakyat sendiri. Masanya telah tiba untuk kita tunjukkan kepada pemimpin yang berkiblatkan keuntungan diri semata-mata bahawa Suara Rakyat adalah Suara Keramat.
SAMM Johor menyeru setiap warga Melayu Johor untuk menolak UMNO/BN dalam Pilihanraya Umum ke 13 ekoran daripada kegagalan dahsyat yang telah dilakukan mereka. Pengkhianatan yang mereka lakukan ini terlalu besar dosanya. Ia tidak boleh dimaafkan dengan memberikan mereka mandat sekali lagi untuk mengemudi negeri ini. Sudah banyak tanah dan kepentingan kita digadaikan oleh pemimpin UMNO/BN tanpa maruah. Cukuplah, demi masa depan anak cucu kita nanti, ayuh berubah Rakyat Johor.
“Rakyat Bangkit, Tolak Penindasan”
Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras Negeri
SAMM Johor
0 orang berkata:
Post a Comment