Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AZIZAN KENA JAWAB

Muhyiddin: Tindakan kerajaan Kedah minta pampasan RM100j tidak logik

16 Februari 2013
ALOR SETAR - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan kerajaan Kedah meminta kerajaan persekutuan membayar pampasan RM100 juta sekiranya mahu penebangan balak di negeri ini tidak dilakukan, sebagai tidak logik.

Timbalan Perdana Menteri berkata masalah penebangan balak oleh kerajaan negeri yang melibatkan kawasan tadahan air telah dilakukan dan kini mereka meminta pampasan daripada kerajaan pusat.
"  Perkara ini (pembalakan) dah berlaku begitu, mana ada cerita pampasan.

Kawasan tanah (milik) dia, balak dia dah ambil, sekarang minta kerajaan pusat beri RM100 juta," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Guru Muda 1Malaysia Zon Utara di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampung di sini hari ini.

Rabu lepas, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika meminta kerajaan pusat membayar pampasan itu berkata pampasan itu sebenarnya pernah dijanjikan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri, namun tidak pernah ditunaikan hingga kini.

"Kalau bising sangat (mengenai penebangan balak), bayar kami RM100 juta...hutan hak Kedah...lagipun tak tebang kawasan tadahan air, kawasan hutan simpan saja tebang," kata Azizan. - Bernama
 
AKAN MENYUSUL

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.