Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH NYANYUK

Wednesday, February 13, 2013

Kenyataan Paling Bodoh Dari Seorang KM

Almarhum Tunku dan Kabinet dia dulu berapa tahun pengalaman?
Kalau dia kata Pembangkang tak ada pengalaman menipu dan songlap harta rakyat memang aku boleh terima...

Pembangkang kurang pengalaman mentadbir

Dhia Daniel
 | February 13, 2013
Rakyat diingatkan bijak memilih dan tidak memperjudikan masa depan negara.
MIRI: Rakyat diingatkan bijak memilih dan tidak memperjudikan masa depan negara dengan meletakkan kepercayaan serta penggantungan kepada kerajaan yang kurang berpengalaman dan tidak pernah terbukti keupayaannya dalam mentadbir negara.
Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menegaskan, sebagai sebuah negara demokrasi, setiap rakyat mempunyai hak untuk memilih kerajaan tetapi mereka mesti memanfaatkan dengan sebaik-baiknya hak tersebut bagi memilih kerajaan yang kukuh yang mampu menjamin masa depan yang cerah kepada rakyat dan negara pada masa akan datang.
Dalam memilih kerajaan juga, tambahnya, amat penting untuk membentuk kerajaan yang kuat serta stabil yang mampu menghadapi pelbagai cabaran dalam keadaan ekonomi dan politik dunia yang semakin sukar untuk diramal pada zaman moden ini.
“Saya tidak kisah siapa yang mampu membentuk kerajaan, tetapi apa yang perlu disedari oleh rakyat, tidak kira semasa saya masih ada (sebagai Ketua Menteri), atau selepas saya, kita tidak mahu kerajaan yang tidak dapat menguruskan negara ini dengan baik.
“Oleh itu, pesanan saya kita tidak mahu mempunyai sebuah kerajaan yang tidak mempunyai pengalaman untuk mengendalikan ekonomi negara kita dan tidak mahu kerajaan yang tidak boleh mentadbir negara ini terutamanya apabila negara kita dan ekonomi dunia dijangka akan menghadapi banyak perubahan dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam Persekutuan Persatuan Cina Miri Sarawak sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Hadir sama sebagai tetamu kehormat pada majlis itu ialah Yang di-Pertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin dan isteri Toh Puan  Norkiah serta isteri Ketua Menteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib.
Tetamu kehormat yang lain Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Pembangunan Tanah Tan Sri Dr James Jemut Masing, Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom, menteri muda kabinet kerajaan negeri dan ahli Persekutuan Persatuan Cina Miri Sarawak.
Ketua Menteri berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) patut mendapat sokongan penuh rakyat kerana bukan sahaja kukuh dan mampu mentadbir negara ini dengan baik malah telah terbukti mampu mengurus dan menempuh cabaran dan menunjukkan keupayaannya untuk pulih dari krisis ekonomi Asia pada tahun 1997.
Krisis ekonomi
Jelasnya, semasa krisis berkenaan, kerajaan di bawah BN telah membuat langkah yang betul dengan tidak meminta bantuan kewangan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tetapi sebaliknya memilih untuk menggunakan kaedah berkesan yang lain untuk menyelamatkan ekonomi negara kita dan mengemudi negara keluar daripada krisis ekonomi masa itu.
“Jika tidak kerana keupayaan untuk membuat keputusan yang betul kerajaan masa itu, berjuta-juta rakyat kita mungkin telah kehilangan pekerjaan dan perniagaan mereka ketika itu seperti keadaan yang dihadapi oleh banyak negara jiran kita.
“Sebab itu kita harap rakyat teruskan menyokong kerajaan BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah terbukti mampu menangani krisis ekonomi serta berkeupayaan menstabilkan ekonomi dan politik negara kita,” katanya.
Abdul  Taib berkata, dengan adanya kestabilan ekonomi serta politik, ia mampu mempengaruhi keyakinan rakyat selain mampu menarik lebih banyak pelaburan asing ke negara ini pada masa akan datang.
Menurutnya, rakyat terutamanya ahli perniagaan harus menyedari bahawa ekonomi negara bergantung sepenuhnya kepada keupayaan untuk bersaing di peringkat golbal dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
“Pada masa lalu, apabila Amerika yang menjadi kuasa ekonomi utama, setiap kali ia bersin, hampir setiap negara di dunia demam.
“Tetapi sekarang, apabila Amerika bersin, bersyukur kita tidak lagi terjejas,” katanya sambil memberitahu ia adalah hasil daripada kemampuan kerajaan BN dalam mengurus ekonomi negara.
Malaysia dan semua negara di Asia bertuah kerana ketika keadaan ekonomi dunia tidak menentu dan rapuh, kini muncul pula kuasa ekonomi di Asia seperti China dan India yang membolehkan negara tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada negara Barat untuk berjaya dan membangunkan ekonomi negara masing-masing.
Sehubungan dengan itu, beliau menggesa ahli perniagaan tempatan untuk mempertimbangkan usaha mengukuhkan hubungan perniagaan mereka dan memberi lebih tumpuan kepada hubungan mereka dengan gergasi ekonomi Asia yang cepat membangun seperti China untuk mewujudkan peluang perniagaan yang lebih baik.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.