Wednesday, February 13, 2013
Kenyataan Paling Bodoh Dari Seorang KM
Almarhum Tunku dan Kabinet dia dulu berapa tahun pengalaman?
Kalau dia kata Pembangkang tak ada pengalaman menipu dan songlap harta rakyat memang aku boleh terima...
Kalau dia kata Pembangkang tak ada pengalaman menipu dan songlap harta rakyat memang aku boleh terima...
Pembangkang kurang pengalaman mentadbir
Rakyat diingatkan bijak memilih dan tidak memperjudikan masa depan negara.
MIRI:
Rakyat diingatkan bijak memilih dan tidak memperjudikan masa depan
negara dengan meletakkan kepercayaan serta penggantungan kepada kerajaan
yang kurang berpengalaman dan tidak pernah terbukti keupayaannya dalam
mentadbir negara.
Ketua
Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menegaskan, sebagai sebuah negara
demokrasi, setiap rakyat mempunyai hak untuk memilih kerajaan tetapi
mereka mesti memanfaatkan dengan sebaik-baiknya hak tersebut bagi
memilih kerajaan yang kukuh yang mampu menjamin masa depan yang cerah
kepada rakyat dan negara pada masa akan datang.
Dalam
memilih kerajaan juga, tambahnya, amat penting untuk membentuk kerajaan
yang kuat serta stabil yang mampu menghadapi pelbagai cabaran dalam
keadaan ekonomi dan politik dunia yang semakin sukar untuk diramal pada
zaman moden ini.
“Saya
tidak kisah siapa yang mampu membentuk kerajaan, tetapi apa yang perlu
disedari oleh rakyat, tidak kira semasa saya masih ada (sebagai Ketua
Menteri), atau selepas saya, kita tidak mahu kerajaan yang tidak dapat
menguruskan negara ini dengan baik.
“Oleh
itu, pesanan saya kita tidak mahu mempunyai sebuah kerajaan yang tidak
mempunyai pengalaman untuk mengendalikan ekonomi negara kita dan tidak
mahu kerajaan yang tidak boleh mentadbir negara ini terutamanya apabila
negara kita dan ekonomi dunia dijangka akan menghadapi banyak perubahan
dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.
Beliau
berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam Persekutuan
Persatuan Cina Miri Sarawak sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Hadir
sama sebagai tetamu kehormat pada majlis itu ialah Yang di-Pertua
Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin dan isteri Toh Puan Norkiah serta
isteri Ketua Menteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib.
Tetamu
kehormat yang lain Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu anak
Numpang, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang juga Presiden
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin, Menteri
Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
dan Menteri Pembangunan Tanah Tan Sri Dr James Jemut Masing, Menteri
Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom, menteri muda kabinet
kerajaan negeri dan ahli Persekutuan Persatuan Cina Miri Sarawak.
Ketua
Menteri berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) patut mendapat sokongan
penuh rakyat kerana bukan sahaja kukuh dan mampu mentadbir negara ini
dengan baik malah telah terbukti mampu mengurus dan menempuh cabaran dan
menunjukkan keupayaannya untuk pulih dari krisis ekonomi Asia pada
tahun 1997.
Krisis ekonomi
Jelasnya,
semasa krisis berkenaan, kerajaan di bawah BN telah membuat langkah
yang betul dengan tidak meminta bantuan kewangan daripada Tabung
Kewangan Antarabangsa (IMF) tetapi sebaliknya memilih untuk menggunakan
kaedah berkesan yang lain untuk menyelamatkan ekonomi negara kita dan
mengemudi negara keluar daripada krisis ekonomi masa itu.
“Jika
tidak kerana keupayaan untuk membuat keputusan yang betul kerajaan masa
itu, berjuta-juta rakyat kita mungkin telah kehilangan pekerjaan dan
perniagaan mereka ketika itu seperti keadaan yang dihadapi oleh banyak
negara jiran kita.
“Sebab
itu kita harap rakyat teruskan menyokong kerajaan BN yang dipimpin oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah terbukti mampu
menangani krisis ekonomi serta berkeupayaan menstabilkan ekonomi dan
politik negara kita,” katanya.
Abdul
Taib berkata, dengan adanya kestabilan ekonomi serta politik, ia mampu
mempengaruhi keyakinan rakyat selain mampu menarik lebih banyak
pelaburan asing ke negara ini pada masa akan datang.
Menurutnya,
rakyat terutamanya ahli perniagaan harus menyedari bahawa ekonomi
negara bergantung sepenuhnya kepada keupayaan untuk bersaing di
peringkat golbal dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
“Pada masa lalu, apabila Amerika yang menjadi kuasa ekonomi utama, setiap kali ia bersin, hampir setiap negara di dunia demam.
“Tetapi
sekarang, apabila Amerika bersin, bersyukur kita tidak lagi terjejas,”
katanya sambil memberitahu ia adalah hasil daripada kemampuan kerajaan
BN dalam mengurus ekonomi negara.
Malaysia
dan semua negara di Asia bertuah kerana ketika keadaan ekonomi dunia
tidak menentu dan rapuh, kini muncul pula kuasa ekonomi di Asia seperti
China dan India yang membolehkan negara tidak lagi bergantung sepenuhnya
kepada negara Barat untuk berjaya dan membangunkan ekonomi negara
masing-masing.
Sehubungan
dengan itu, beliau menggesa ahli perniagaan tempatan untuk
mempertimbangkan usaha mengukuhkan hubungan perniagaan mereka dan
memberi lebih tumpuan kepada hubungan mereka dengan gergasi ekonomi Asia
yang cepat membangun seperti China untuk mewujudkan peluang perniagaan
yang lebih baik.
1 orang berkata:
zzzzz2018.5.9
oakley sunglasses
coach outlet
true religion jeans
moncler outlet
ralph lauren outlet
basketball shoes
nike huarache
hugo boss sale
christian louboutin shoes
fitflops
Post a Comment