Selasa, 12 Februari 2013
Rakyat tolak Najib di P Pinang, Anwar disambut gemilang di S’wak
KUALA LUMPUR 12 FEB: Ketika Najib Razak mencatat sejarah buruk dalam
kariernya sebagai Perdana Menteri apabila ditolak terang-terang oleh
rakyat Pulau Pinang semasa konsert Psy, Anwar Ibrahim pula terus
mencipta kegemilangan di Sarawak apabila kunjungan beliau di sana dalam
siri Jelajah Merdeka Rakyat mendapat sambutan rakyat segenap masyarakat.
Kedatangan beliau di Beluru, Bakong semalam disambut ribuan penyokong dengan pelbagai sepanduk.
Antara rintihan yang paling memilukan adalah sepanduk ‘Majukan Baram’ yang mana jelas sekali menunjukkan masyarakat Baram tertindas sehingga sekarang. Kemajuan jauh panggang dari api. Ini kalilah!!!! Buktinya lihat gambar di bawah:
Sambutan Tahun Baru Cina ke Sarawak dimulakan dengan ceramah Anwar ‘Solusi Baram’ di Beluru Bazaar, Beluru, Bakong.
7.00 malam tadi, Anwar bersama pemimpin Pakatan Rakyat meneruskan program Makan Malam Gong Xi Fa Cai di Restoran Cina Mega Hotel, Miri. Acara diakhiri dengan Ceramah Perdana Gong Xi Fa Cai di Waterfront Commercial Centre, Miri bermula jam 8.00 malam.
Selain Anwar, penceramah dibarisi, Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian, Ali Biju, See Chee How dan Dr Michael Teo Yu Keng.







0 orang berkata:
Post a Comment