Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAKYAT MAHU PAS TINGGAL DALAM PR

PRESIDEN PPP INI RUPANYA ORANG BEBAL, SEPATUTNYA DIA MINTA MCA,GERAKAN KELUAR DARI BN DAN SEPATUTNYA JUGA PPP MENYERTAI BN, ATAU MASUK BERJASA, BARU LA RAKYAT KENAL SEBAGAI PARTI NYAMUK
 Pak Karamu
Rakyat mahu Pas keluar dari PR
Wartawan Sinar Harian
10 Februari 2013
Nik Sapeia Nik Yusoff
Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff 
 
KOTA BHARU - Kemelut yang berlaku dalam Pakatan Rakyat terus mengundang pelbagai reaksi rakyat negeri ini yang diterajui Pas, sehingga ada berpandangan parti itu perlu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan meneruskan kesinambungan politik sebagaimana sebelum wujudnya pakatan itu.

Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff bercakap atas kapasiti rakyat negeri ini, menyuarakan pandangan agar Pas tidak lagi bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi kebaikan ahlinya.


“Jangan mengharapkan DAP dan PKR untuk membantu kemenangan Pas.


“Pas mempunyai kekuatan sendiri dan tidak perlu bergantung kepada pihak lain untuk menawan hati rakyat,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.


Nik Sapeia berkata, sudah tiba masanya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil pendekatan tersebut dan bersatu padu.


“Umat Islam perlu disatukan, perbezaan fahaman tidak sepatutnya menjadi halangan untuk penyatuan sesama kita, tambahan sejarah membuktikan penyokong Pas sebelum ini pun berkesudahan dengan bersatu semula,” katanya.


Menurutnya, perjuangan politik hanya untuk dunia semata- mata, sedangkan kita menuju akhirat yang kekal.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.