Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SOKONG CALON BN BUKAN MELAYU MASUK NERAKA JAHANNAM

Mahathir: Sokong calon BN bukan Melayu
ANITA ABU HASAN
10 Februari 2013
Muka depan
Muka depan Sinar Harian edisi hari ini.
 
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  berkata, rakyat  mesti menentukan calon pilihan mereka berdasarkan akal fikiran dan bukannya perasaan semata-mata termasuk isu calon bukan Melayu.

Menurutnya, paling penting calon dari Barisan Nasional (BN) mestilah disokong tidak kiralah calon itu bukan Melayu.


“Sekarang ini yang penting bukan perasaan. Kita mesti tentukan calon kita menang. Asal sahaja dia dari BN, kita kena bagi dia menang.


“Kalau dia bukan Melayu. Jika kita tidak bagi dia menang. Siapa yang nanti menang? Parti lawanlah,” katanya ketika memberi ucaptama berhubung isu Perlembagaan Persekutuan dalam program santai bersama beliau  anjuran Kelab Pembangunan Insan Bandar Tun Razak, semalam.


Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata, sikap berebut-rebut  hendak berkuasa dalam pucuk pimpinan  menyebabkan berlakunya perpecahan.


Katanya,  niat masuk politik  sepatutnya berjuang demi agama dan bangsa,  tetapi  ramai hendak jadi  Yang Berhormat belaka termasuk  jawatan perdana menteri. 


“Berebut-rebut  nak  jadi perdana menteri. (Ketua Pembangkang, Datuk Seri) Anwar Ibrahim nak jadi. (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul) Hadi Awang pun nak jadi.


“Perdana Menteri  terdahulu,  Tunku Abdul Rahman (Putra Al-Haj) dan  selepas itu Tun Abdul Razak (Hussein) telah menentukan  orang Melayu mesti berkuasa  dan kita memilih sistem demokrasi. Tetapi kita tidak bijak. Selepas dapat senjata itu, kita berebut-rebut nak jadi berkuasa. Mahu sangat jadi perdana menteri. Pecah belah pun tidak mengapalah.  Adakah ini tindakan ikut akal?


“Melayu sudah pecah tiga. Jadi macam di Arablah. Syiah lawan Sunni. Sunni lawan Syiah. Obama dan PM Britain tepuk tangan. Di Malaysia pun macam itulah.  Berkelahi sesama sendiri.  Berpecah sesama kita. Orang lain yang tengok tepuk tangan saja,” katanya sinis.


Katanya,  kesannya bukan sahaja pembangkang, tetapi termasuk Umno sendiri terpaksa menjadi pengemis untuk mendapat sokongan undi minoriti.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.