Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO DAN MIC PERAK BERGOLAK



12 Februari, 2013

Panas!! BN Perak Bergolak, Zambry Kadir Arah Presiden MIC Tutup Mulut

Zambry Abd Kadir meminta agar sebarang spekulasi berkaitan pengagihan kerusi kepada MIC pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dihentikan segera memandangkan belum ada keputusan rasmi dibuat mengenai perkara itu.
Merujuk kepada kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel yang tidak bersetuju dengan tawaran dua jawatan Senator sebagai tukaran melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata: “Kenyataan mengenai perkara tersebut (tawaran) tidak seharusnya berlaku kerana masih terlalu awal untuk membuat sebarang pengumuman memandangkan ia belum pernah dibincangkan bersama Barisan Nasional (BN) negeri,” katanya.
Malah, beliau sendiri katanya, tidak diberitahu mengenai perkara yang disuarakan oleh Palanivel itu seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan.“Saya sangat terkejut dengan perkara ini (tawaran dua jawatan Senator untuk  MIC melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang) kerana tidak tahu kenyataan yang dikeluarkan beliau (Palanivel) dan masih belum lagi berjumpa dengannya,” kata Zambry.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel tidak bersetuju dengan tawaran dua jawatan Senator sebagai tukaran melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang.Palanivel memberitahu selain Hutan Melintang dan Buntong, parti mewakili kaum India itu tetap mahu bertanding di dua DUN berkenaan bagi melengkapkan empat kouta kerusi DUN Perak seperti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008.

Berdasarkan budaya BN, perkara merujuk kepada pengagihan kerusi harus dibincangkan terlebih dahulu di peringkat negeri sebelum ia di bawa ke peringkat tertinggi parti.“Apa sahaja keputusan mengenai kuota kerusi telah dibincangkan sebelum ini dan apa juga keputusan yang diambil, ia seharusnya melalui semangat calon serta parti BN,” katanya.

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, Zambry menggesa Presiden MIC itu berhenti menggunakan media atau akhbar untuk meluahkan pendapat berkaitan perkara terbabit. ~orangni

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.