22 Mei, 2013
Anwar Tempelak Zahid..
Pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pentas Himpunan Blackout505 di Kedah malam tadi untuk menempelak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung amarannya terhadap agenda 'rampasan kuasa'.
Malah, di pentas yang sama puluhan ribu orang
membanjiri Kompleks PAS di Kota Sarang Semut turut bersolidariti dengan
aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang direman lima hari bawah
Akta Hasutan susulan kenyataannya dalam sebuah forum.
Tiupan vuvuzela, kibaran bendera parti PAS-PKR-DAP, rentangan sepanduk
"Bebaskan Adam Adli" dan nyalaan pemetik api oleh hadirin menjadi tanda
sokongan kepada mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang
kini ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Kepong.
Dalam ucapannya, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, dakwaan
rakyat mahu menggulingkan kerajaan melalui kekerasan adalah tidak benar
memandangkan rakyat tidak mempunyai apa-apa senjata seperti pihak
berkuasa.
"Di Malaysia, sesiapa yang memiliki senjata (secara tidak sah) boleh
dihukum bunuh," katanya sambil menyifatkan dakwaan Zahid bahawa rakyat
mahu menukar kerajaan melalui "kekerasan" adalah satu pembohongan.
"Saya keluar berdemonstrasi daripada kecil hingga tua, tidak pernah membawa senjata...," katanya diiringi ketawa pada hadirin.
Pemimpin muda PKR Badrul Hisham Shaharin juga menepis dakwaan tersebut
dan menolak momokkan Arab Spring terhadap perhimpunan anjuran Pakatan
dan kumpulan NGO
"Kita tidak mainlah dengan spring-spring ni, yang main spring adalah
Umno dan BN," katanya sambil membidas bahawa BN yang sepatutnya 'angkat
beg' keluar daripada Malaysia kerana mendapat undi popular 47 peratus
berbanding Pakatan dengan 51 peratus.
Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden N
Surendran serta Ketua Srikandi Siti Aishah Sheikh Ismail turut
menghangatkan suasana apabila menempelak kerajaan yang menahan Adam Adli
sekaligus menaikkan semangat anak muda dengan suara tegasnya.
"Kita harus bangkit dan pertahankan negara kita. Dia (pihak berkuasa)
mula tangkap Adam Adli yang dikatakan mahu gulingkan kerajaan.
"Sedangkan dia minta rakyat pertahankan kerajaan yang sah, menerima
demokrasi bukan menerima penipuan. Tapi buat tindakan (dengan
menahannya) untuk takut-takutkan orang lain. Inilah kebangkitan anak
muda, kita kena jayakan," kata Anwar.
Mengulangi ucapan dengan mempersoal dan membangkitkan isu penipuan dalam
pilihan raya umum lalu, Anwar mengajak rakyat bangkit sekali gus
mempertahankan negara ini daripada penipuan khususnya dalam pilihan raya
umum lalu.
Beliau mendakwa wujudnya "penipuan besar-besaran" pada pilihan raya umum
lalu termasuk dakwaan pengundian warga asing, isu penggunaan dakwat
kekal, kertas undi ditemui kawasan mengundi yang lain dan jumlah kertas
undi dikeluarkan lebih daripada jumlah pengundi di suatu kawasan.
"(Sebenarnnya) kita sudah menang pilihan raya ini. Kita perlu
mempertahankan kemenangan kita... Kita perlu pertahankan keputusan
pilihan raya-13 dan tuntut Putrajaya sekarang daripada kerajaan.
"Kita boleh terima, kalau tidak ada orang asing, dakwatnya yang
digunakan itu kekal. Tapi jika kamu (kerajaan) tidak boleh
mempertahankan, jangan sesekali berani kata pilihan raya itu sah,"
katanya.
Anwar turut menempelak pemimpin Umno dan NGO pendesak Melayu PERKASA
yang berdiam diri dengan pelantikan pemimpin Hidraf P Waythamoorthy yang
didakwanya mempertikaikan kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu,
dalam kabinet.
"Mana dia PERKASA, mana dia Pemuda Umno. Bangkit. Ada satu suara Pemuda
Umno, PERKASA pertikaikan pelantikan ini?... Ini dia politik kemunafikan
dan kepura-puraan," tegas Anwar.
0 orang berkata:
Post a Comment