Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Kongres PKR mungkin tiada pemilihan
NIZAM ZAIN
22 Mei 2013
 Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
PETALING JAYA - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak menolak kemungkinan pemilihan pimpinan tertinggi PKR akan ditangguhkan susulan tempoh jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan pimpinan cabang parti itu hanya akan berakhir hujung tahun ini.

Bagaimanapun katanya perkara itu akan dibincangkan oleh pimpinan tertinggi PKR sebaik sahaja selesai Kongres Nasional PKR ke-9 pada hujung minggu ini.

"Jika mengikut perlembagaan parti, penangguhan itu dibenarkan.

"Buat masa ini, kita akan pertimbangkan beberapa pilihan sama ada mahu genapkan tiga tahun atau tangguhkannya mengikut perlembagaan.

"Oleh kerana kita baru selesai pertarungan sengit dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas, ada pandangan supaya lebih baik parti perkemaskan saf pasukan untuk bina semula kekuatan parti," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Kali terakhir pemilihan PKR diadakan pada November 2010 dengan menyaksikan hanya 36,000 atau sembilan peratus daripada 400,000 ahli parti melaksanakan tanggungjawab.

Pemilihan itu yang menggunakan sistem 'satu ahli satu undi' dianggap berjaya walaupun ia merupakan percubaan kali pertama diperkenal dan dilaksanakan di negara ini.

Selain itu, katanya tempoh penangguhan itu perlu mendapat persetujuan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebelum perlembagaan parti dibenarkan melakukannya.

"Penangguhan itu 'silent', kuasa tertinggi adalah kongres, tapi 'green light' dari RoS.

"Kita ada bincang dengan RoS dan mereka hargai usaha kita untuk menemui mereka.

"Perlembagaan parti itu dinamik bukan statik, parti kena respon kepada keperluan jika pindaan perlembagaan dilakukan, kita mungkin terpaksa buat kongres khas," jelasnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai cadangan supaya pemilihan MPP dan cabang PKR dilakukan secara serentak, Saifuddin berkata pihaknya sedang meneliti cadangan tersebut bagi menambah baik pemilihan akan datang.

"Pindaan perlembagaan parti perlu dilakukan jika pemilihan itu mahu dijalankan serentak.

"Proses mobilisasi sebelum ini dibuat dua kali pemilihan, satu mengundi di cabang dan satu lagi undi MPP yang dibuat dalam minggu berbeza.

"Tidak dinafikan ia memakan masa dan kos yang tinggi, jika dibuat serentak mungkin dapat diminimakan," katanya.

Pada pemilihan PKR pada 2010, parti itu telah membelanjakan hampir RM3 juta di peringkat cabang dan MPP.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.