Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Apa benda yang kekal ?

SPR: Dakwat kekal mencukupi
5 Mei 2013
Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
 
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan berlaku kekurangan dakwat kekal di beberapa tempat mengundi sekitar Lembah Pantai sehingga menyebabkan kelewatan proses mengundi.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya menyediakan lebih 200,000 botol dakwat kekal untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung hari ini.

"Perkara itu (kehabisan stok) tidak benar sama sekali. Kami menyediakan beberapa botol tambahan bagi setiap saluran di pusat-pusat pengundian," katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya di Parlimen Lembah Pantai di sini.

Beliau menjelaskan kelewatan proses mengundi disebabkan bilangan pengundi yang terlalu ramai pada dua hingga tiga jam terawal selepas pusat mengundi dibuka.

"Saya lihat dakwaan ini hanya untuk mencemar imej dan memperlekehkan apa yang dilaksanakan SPR," katanya.

Wan Ahmad turut mempersoal tindakan segelintir pihak yang cuba memadam dakwat kekal yang dicalit pada jari setiap pengundi sah.

"Apa tujuan mereka menghilangkan dakwat itu? Adakah cuba membuat undian kali kedua, atau adakah tindakan itu bagi menimbulkan suasana keresahan orang ramai terhadap SPR?," katanya.

Beliau sekali lagi mengingatkan penyokong parti yang bertanding supaya tidak melanggar peraturan. - Bernama

 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.