Wednesday, May 1, 2013
Pertarungan Semakin Sengit
Sebagai serangan balas, DAP meletakkan iklan kaitkan MCA dengan Perkasa
TERKINI @ 03:04:07 PM 01-05-2013
OLEH BOO SU-LYN
KLANG,
1 Mei — DAP telah memulakan meletak iklan di surat khabar Cina untuk
mengaitkan MCA dengan kumpulan berhaluan kanan Melayu, Perkasa, meyerang
kembali parti Barisan Nasional (BN) itu yang telah mengeluarkan
beberapa siri iklan sejak minggu lepas.
Iklan berwarna hitam putih yang disiarkan di Sin Chew Daily danChina Press bermula
hari ini sehingga malam sebelum pilihan raya 5 Mei mengatakan undi
untuk MCA bersamaan dengan undi kepada Umno dan Perkasa.
Iklan
tersebut turut menyelitkan gambar Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali
memegang keris dan juga naib presiden Datuk Zulkifli Noordin yang
bertanding diatas tiket BN di Shah Alam.
“Satu
undi untuk MCA bersamaan dengan undi untuk Umno dan undi untuk Perkasa –
Zulkifli Noordin dan Ibrahim Ali,” kata Setiausaha Publisiti DAP Tony
Pua kepada pemberita di kedai kopi di sini hari ini.
“Kamu
mahu Perkasa atau lebih suka PAS yang lebih sederhana?” tambah Pua yang
akan mempertahankan kerusi Parlimen Petaling Jaya Utara dalam Pilihan
Raya 2013.
Beliau
mengatakan iklan DAP bertujuan untuk menunjukkan Perkasa adalah sebuah
“kumpulan rasis”, menjelaskan dengan meletakkan Zulkifli sebagai calon
BN dan Ibrahim diberikan laluan untuk bertanding satu lawan satu selepas
calon BN tidak memfailkan pencalonannya.
Akhbar
milik MCA The Star telah mengiklankan dengan muka penuh menjelang
Pilihan Raya 2013 yang menuduh PAS akan melaksanakan undang-undang hudud
jika Pakatan Rakyat (PR) menang kerajaan pusat.
Iklan
turut dimainkan di stesen radio Capital FM, yang dimiliki oleh Star
Radio Group menyerang DAP dan sekutunya PAS dan mengatakan: “Siapa kata
DAP baik untuk anda?”
Apabila
ditanya apakah DAP cuba membangkitkan sentimen kaum dengan iklan mereka
menunjukkan Ibrahim memegang keris, Pua mengatakan: “Kami mahu
menunjukkan Perkasa adalah kumpulan rasis dan BN meletakkan mereka
sebagai ahli parlimen.”
“Seseorang
yang pergi ke kedai India dan mengatakan tuhan mereka tidak berguna
adalah seorang yang taksub,” tambah beliau merujuk kepada komen Zulkifli
yang dimuatnaik di Youtube baru-baru ini.
Zulkifli
yang melawan penyandang kerusi dari PAS Khalid Abdul Samad juga
dirakamkan mempersoalkan kesucian Sungai Ganga ― dianggap suci oleh
penganut agama Hindu.
Perdana
Menteri Sementara Datuk Seri Najib Razak walaubagaimanapun, telah
mempertahankan Zulkifli sebagai juara kepada isu masyarakat India di
Shah Alam, walaupun pemimpin MIC S Vell Paari memberi amaran Zulkifli
mungkin menyebabkan impian BN Selangor untuk menawan negeri tersebut
tidak tercapai.
Pua mengatakan hari ini The Star enggan untuk mengeluarkan iklan DAP.
“Ia
adalah akhbar awam. Tetapi mereka tidak mahu menerima iklan mudah. Ia
jauh lebih sedikit daripada apa yang mereka siarkan di beberapa
mukasurat setiap hari,” katanya.
“Ini jelas kes dimana tiadanya kebebasan media, terutamanya di saluran Bahasa Inggeris dan Melayu,” tambah Pua.
Pua juga mengatakan akhbar berbahasa Melayu Harian Metro dan Kosmo memberitahu DAP mereka tidak boleh menyiarkan iklan PR.
Harian
Metro dimiliki oleh News Straits Times Press Berhad milik Umno
sementara Kosmo adalah milik Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.
Sin
Chew dimiliki oleh Sin Chew Media Corporation Berhad yang dimiliki oleh
peniaga balak Tan Sri Tiong Hiew King manakala China Press dimiliki
oleh Nanyang Press Holdings Berhad
0 orang berkata:
Post a Comment