Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BN SEBAGAI PARTI TUNGGAK GANTI 1 MALAYSIA

RESIKO BN SEBAGAI PARTI TUNGGAL SANGAT TINGGI, KERANA IA MELIBATKAN ADAT RESAM BERBAGAI BANGSA DAN BUDAYA, KONSEP INI TIDAK AKAN BERJAYA SEKALIPUN  ADA PANDANGAN MENGATAKAN MEMAKAN MASA - Pak Karamu
 
BN sebagai parti tunggal akan makan masa
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
25 Mei 2013
Penganalisis Politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain
Penganalisis Politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain
SHAH ALAM - Cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal adalah idea yang baik tetapi ianya memerlukan satu rombakkan besar-besaran dan memerlukan masa yang panjang untuk merealisasikannya.

Menurut Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, gagasan ini perlu dilakukan secara berperingkat sebagaimana penubuhan Kelab BN terdahulu.


“Perkara ini pernah dilaksanakan oleh Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar tetapi menemui jalan buntu apabila penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang ditubuhkan pada 26 Ogos, 1951 tidak mendapat tempat dalam kalangan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian Online.


Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan untuk menjadikan BN sebagai parti tunggal adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan.


Katanya, cadangan tersebut besar dan penting bagi memastikan BN kekal relevan itu perlu difikirkan segera oleh setiap parti komponen dan dijawab dalam tempoh terdekat jika mengambil kira keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.


“Selepas mengambil kira apa yang berlaku dalam PRU lepas kalangan pimpinan BN melontarkan pandangan apakah wajar BN dilihat semula kerana kerjasama yang wujud sekarang ialah penggabungan 13 parti yang menjadi komponen BN dengan setiap parti mempunyai perlembagaan sendiri dan cuma bergabung atas nama BN,” katanya.


Sebelum ini, cadangan ini dikemukakan oleh Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang mahu BN bersifat parti tunggal bagi mewakili semua suara di bawah satu parti.


Ketika diminta mengulas garis panduan bagi merealisasikan cadangan tersebut, Ahmad Atory berkata, panel khas bagi mengkaji secara mendalam cadangan perlu diwujudkan.


Usaha ini katanya, perlu dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan keberhasilannya mencapai sasarannya seperti penubuhan kelab BN dan perlu mendapatkan sokongan majoriti daripada semua parti komponen di dalam BN.


Langkah ini katanya bagi mengelakkan wujudnya perselisihan faham ataupun pendapat di masa akan mendatang.


Sementara itu menurut pensyarah Sains Sosial dan Kemanusian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr.Fuad Mat Jali, beliau berpandangan cadangan ini tidak signifikan untuk dilaksanakan pada masa terdekat sebaliknya akan memakan masa sekurang-kurang dua atau tiga tahun untuk dilaksanakan.


Katanya, parti BN yang ada sekarang sudah cukup baik dan mantap.


“Cadangan ini tidak signifikan untuk dilaksanakan dan kajian terperinci perlu dijalankan terlebih dahulu,” katanya.


Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya perlu diadakan pungutan suara setiap ahli dalam Umno dan parti komponen  sama ada bersetuju atau tidak berkenaan cadangan ini dan selepas itu baru cadangan ini boleh diterima.


“Cabaran paling besar bagi merealisasikan cadangan ini adalah berkenaan sensitiviti kaum, pembahagian kerusi, dan kedudukan calon dalam parti itu.


“Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah memperkuatkan parti komponen bukannya mewujudkan parti tunggal, kerana ianya dilihat lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan.Inilah masanya parti komponen untuk bermuhasabah diri dan berusaha memperkuatkan parti, bukannya memberi cadangan seperti ini,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.