Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEME DAH KELUWO NGUNDI

SPR: Kira-kira 15% undi satu jam pertama
JAMILAH HAMZAH
5 Mei 2013
PRU13
Pengundi di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah dipecahkan kepada lapan saluran mengundi. - Foto Sinar Harian Online oleh SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
 
PUTRAJAYA - Sehingga 15 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing sepanjang satu jam pertama hari mengundi pagi ini, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pusat pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 dibuka pada jam 8 pagi tadi.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, trend ini mencerminkan situasi biasa pada setiap kali pilihan raya umum diadakan.

Menurutnya, warga bandar lebih memilih untuk keluar mengundi awal pagi dan menyusun jadual sebelah petang untuk aktiviti lain.

Beliau juga berkata, setakat ini suasana tempat pengundi seluruh negara khususnya di kawasan bandar aman dan tenang.

"Dalam tempoh satu jam awal ini, keadaan agak kelam kabut, jadi agak sukar kita nak dapat statistik keseluruhan pengundi yang datang membuang undi di seluruh negara.

"Bagaimanapun trend di kawasan bandar setakat ini lebih kurang 10 hingga 15 peratus yang telah keluar mengundi dan beratur panjang sejak jam 6.30 pagi.

"Kawasan pendalaman kita masih belum menerima sebarang laporan kerana agak sukar...tapi setakat ini tidak ada sebarang kekecohan yang timbul," katanya pada Sinar Harian Online, hari ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.