Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIA NI YANG BELASAH NUAR DULU ?



Jangan percaya khabar angin
NOR ‘ASYIKIN MAT HAYIN
5 Mei 2013
Rahim Noor
Rahim Noor
MUAR – Rakyat dinasihatkan mendapatkan maklumat yang tepat daripada sumber yang sahih bagi mengelakkan kekeliruan mengenai khabar angin kekecohan pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor berkata, maklumat daripada media sosial memang cepat tersebar tetapi tidak boleh dipercayai seratus peratus kerana dikhuatiri menimbulkan provokasi dan keadaan huru-hara.

“Rakyat perlu tunjuk kematangan, jangan mudah percaya maklumat yang tersebar secara pantas melalui media sosial, sebaliknya menerima maklumat daripada saluran yang betul.

“Begitu juga hari selepas keputusan sama ada parti yang kita sokong menang atau tidak kita perlu menerima dengan hati terbuka,” katanya pada sidang media di Hotel Classic, di sini.

Katanya, beliau yakin, pihak polis sudah bersedia menghadapi sebarang keadaan dan kemungkinan yang bakal timbul sepanjang PRU13 ini berlangsung.

“Daripada maklumat yang saya dapat, pihak berkuasa sudah bersedia menghadapi sebarang keadaan tegang yang dijangka berlaku hari ini.

“Keadaan tegang ini kalau tidak diatasi dengan cara yang betul akan menjadi lebih teruk. Senario sekarang berbeza dengan keadaan masa saya muda dahulu yang lebih mudah dikawal,” katanya.

Katanya, orang ramai perlu bersatu untuk menjaga keamanan tanpa cuba menimbulkan sebarang provokasi sangat penting kepada pihak berkuasa. 

Dalam pada itu, beliau turut menyelar dan menganggap perbuatan demonstrasi sebagai perkara sia-sia.

“Orang yang terfikir untuk timbulkan huru-hara ada orang yang mempunyai fikiran tidak betul. Mereka ingin perjuangkan dan menegakkan hak asasi mereka tanpa memikirkan kesan yang dialami masyarakat sekeliling.

Katanya, perkara itu hanya akan merugikan negara yang telah mengeluarkan perbelanjaan jutaan ringgit bagi menjalankan proses pilihan raya ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.