Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GAGAL BELAKANG KIRA TUANKU, JANJI DAPAT BERKUASA

ATEE ? WALAUPUN BN GAGAL PENUHI HARAPAN TINGGI RAKYAT AKAN TETAPI PARTI BN TETAP DIHATI RAKYAT, SEBAB ITULAH KAMI SENTIASA MENANG, BUKAN MACAM PR, SEKALIPUN DEMR NAMPAK RAMAI TAPI SEBENO NYE RAKYAT TAK SUKA NGAN DEME TU, CAKAP JE BESO TUANKU TAK CAYE TANYE RAKYAT PERAK NGAN SPR !    HI HI HI - Pak Karamu

21 Mei, 2013

Sejak PRU 12, BN Gagal Penuhi Harapan Tinggi Rakyat - Raja Muda Perak


Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah berkata isu integriti memainkan peranan terhadap nasib BN dalam pilihan raya umum (PRU) sejak pilihan raya ke-11 ketika negara ini masih dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2004.
Antara agenda Abdullah pada ketika itu, titah baginda, menubuhkan Institut Integriti Malaysia dan suruhanjaya diraja penambahbaikan perjalanan dan pengurusan polis, bertujuan mengembalikan imej, reputasi dan integriti polis.
Begitu juga dengan pendakwaan yang dibuat terhadap nama-nama besar, antaranya Tan Sri Eric Chia dan Tan Sri Kasitah Gadam - langkah yang memberikan imej kerajaan yang berazam mengutamakan integriti dan memerangi rasuah tanpa gentar tanpa pilih kasih.

"Senario ini dipercayai ada pengaruh di kalangan pengundi semasa PRU ke-11 dan BN mencipta kejayaan gemilang memenangi 198 kerusi Parlimen dan 63.8 peratus undi popular.

"Keputusan PRU ke-11 memanifestasikan harapan dan hasrat rakyat yang mahukan pentadbiran negara bersih, berintegriti dan sifar rasuah.

"Rakyat dijanjikan, rakyat diberi harapan, rakyat mempercayainya, rakyat memberi sokongan," titah baginda.

Bagaimanapun, menjelang PRU ke-12 pada 2008, kerajaan gagal memenuhi harapan tinggi rakyat dan mereka merasakan kata tidak di kota.

"Rakyat tidak dapat diyakinkan dengan ucapan, dengan janji, dengan indeks pencapaian, sekiranya indeks pencapaian tidak memberi erti, tidak benar-benar dirasakan dalam kehidupan harian rakyat," katanya. ~malaysiakini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.