Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INILAH SENJATA ORANG-ORANG MUKMIN

ORANG-ORANG MUKMIN YANG MEMILIKI TUHAN, TETAP MENGADU KEPADANYA APABILA MERASAKAN MEREKA DIZALIMI, TIADA SEMJATA YANG PALING AMPUH SELAIN BERIKHTIAR DAN MENGADU KEPADA TUHAN YANG MENCIPTA SEGALA SESUATU- Pak Karamu

[BERGAMBAR] Rakyat Kelantan Bermunajat - Jawapan Kepada Keceluparan Najib -updated


Munajat rakyat Kelantan bagi menghadapi PRU 13 di Stadium Sultan Muhammad IV bermula jam 3.00 pagi tadi.

Ia adalah "jawapan" kepada "keceluparan Najib yang sehari sebelumnya memperlekehkan kerajaan PAS negeri Kelantan kononnya tiada pembangunan selama 23 tahun memerintah Kelantan sedangkan royalti Kelantan telah dirompak oleh UMNO BN sepanjang tempoh berkenaan.

Malah Najib turut memperlekehkan usaha kerajaan PAS Kelantan untuk membina lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai. Katanya:

“Bo lah weh, cukuplah 23 tahun, tipu rakyat, bohong. Ini nak buat lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai, buat tabung, ingat boleh buat lebuh raya dengan tabung (pungut derma daripada rakyat)?, berapa banyak tabung masuk, (sedangkan) kos RM2 bilion…(tentunya) tak boleh buat,” katanya ketika berucap pada Program Himpunan Rakyat 1Malaysia di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai.

Sekarang ini jawapannya, rakyat Kelantan menghadapkan wajahnya kepada Allah s.w.t. supaya dibalas segera segala tohmahan Najib berkenaan dan mengekalkan kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Doa yang dibacakan sendiri oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

"Ya Allah Ya Tuhanku. Aku tak berdaya lagi untuk menjaga agamaMu di Kelantan dan di Malaysia kerana amat kuat serangan yang datang dengan pelbagai cara.

"Oleh itu aku minta kepada Mu pertahankan agamaMu sebagamana Engkau pertahankan rumahMu dari serangan.

"Hancurkanlah mereka sebagaimana hancurnya tentera Abrahah seperti daun kayu dimakan ulat,"
kata Tuan Guru Nik Aziz dalam doa itu.
















Kemudian Nabi Musa AS berdoa kepada Allah SWT atas kehancuran dan kebinasaan Fir’aun dan para pengukutnya :

رَبَّنَا إِنَّكَ آتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلأَهُ زِيْنَةً وَأَمْوَالاً فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّواْ عَن سَبِيلِكَ رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَى أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَلاَ يُؤْمِنُواْ حَتَّى يَرَوُاْ الْعَذَابَ الأَلِيمَ

“ … Ya Tuhan kami, engkau telah memberi kepada Fir’aun dan para pegawai kaumnya berupa perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia. Ya Tuhan kami ini semua mengakibatkan mereka menyesatkan manusia (hamba-hamba-Mu), dari jalan-Mu. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta-benda mereka dan kunci matilah hati mereka. Mereka tidak akan beriman dan kembali kepada jalan yang benar sebelum melihat siksaan-Mu yang pedih.” (Q.S. Yunus/10 : 88)

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.