Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALO CAM TU TAKYAH BANGKIT LA !

Isu perkauman sekat kebangkitan rakyat 

 Hantu nih kena bunuh dulu !
 Dunkin donuts is giving away free coffee to the first fifty customers


KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno-BN terpaksa memainkan isu perkauman untuk menghalang kebangkitan rakyat yang tidak berpuashati dengan keputusan PRU13 oleh SPR. Rakyat tidak wajar dihalang menyertai "Black 505" dengan mengapi-ngapikan isu perkauman termasuk kontroversi Tragedi 13 Mei, walhal terbukti beberapa himpunan aman berkenaan mengeratkan persaudaraan kaum dan tiada huru-hara dicetuskan.



Sebaliknya, Kerajaan Umno-BN mesti melihat daripada sudut positif, memandangkan ia diadakan bagi membantah perjalanan PRU13 pada 5 Mei lalu yang masih juga tidak bersih, tidak adil dan tidak telus.



Mengulas perkara ini, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Black 505 adalah perhimpunan pelbagai kaum, lanjutan keinginan rakyat melakukan perubahan pada PRU13 menolak Umno-BN dan menggantikannya dengan Pakatan Rakyat untuk memerintah negara ini.



Katanya, hasrat rakyat tetap juga tidak kesampaian apabila PRU13 diadakan dengan cara yang tidak bersih oleh SPR, sehingga menyebabkan BN masih lagi boleh memerintah negara ini dengan majoriti mudah, walaupun sudah ditolak oleh majoriti rakyat.

mob of cartoon zombies attacking a kid that splatters them all over the ground



Umno-BN juga tidak mempunyai asas untuk mengaitkan perhimpunan itu dengan sebarang perlanggaran undang-undang dan ancaman ketenteraman awam, malah setiap perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat selama ini terbukti aman, ujar beliau.



"Perhimpunan Black 505 itu langsung tidak berkait dengan sebarang isu perkauman seperti yang cuba dimainkan oleh UmnoBN. Apatah lagijika dikaitkan dengan Tragedi 13 Mei.



"Kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan pemimpin Umno-BN dan konco-konconya kerana ia ternyata amat tidak bertanggungjawab," kata beliau ketika dihubungi 14 Mei lalu.



Salahuddin berkata, sebaik sahaja keputusan PRU13 diumumkan, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sudah mendakwa PRU13 angkara "Tsunami Cina" dan selepas itu Najib juga turut menyuarakan kemarahannya terhadap kaum Cina kerana tidak menyokong BN dengan bertanya, "Apa lagi yang Cina mahu?"



Kenyataan Najib itu, menurut beliau, jelas berunsur perkauman dan amat tidak bertanggungjawab, pada hal Umno-BN bukan hanya ditolak oleh kaum Cina pada PRU13 lalu, tetapi juga oleh pelbagai kaum di negara ini, ekoran kepincangan dalam parti itu sendiri.



Beliau menegaskan, pada 12 Mei lalu, konco UmnoBN yang juga bekas hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Mohd Noor Abdullah ketika berucap dalam satu forum di Kuala Lumpur turut mengeluarkan kenyataan rasis yang amat berbahaya sehingga boleh mencetuskan permusuhan antara kaum di negara ini.



"Itulah yang patut diambil tindakan oleh Kerajaan Umno-BN. Bukannya mengambil tindakan ke atas Black 505. Perhimpunan Black 505 itu diadakan kerana berlakunya penipuan dalam PRU13 lalu.



"Antaranya termasuklah isu dakwat kekal, pengundian awal dan pengundi asing yang diberikan MyKad untuk menjadi pengundi bagi memenangkan Umno-BN," ujarnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.