Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Karpal : Dewan Negara tidak diperlukan

18 Mei 2013
Pengerusi DAP Karpal Singh
Pengerusi DAP Karpal Singh
GEORGETOWN - Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini berkata Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi memansuhkan Dewan Negara.

"Tiada perlu Dewan Negara. Ia adalah perbelanjaan yang tidak perlu untuk
ditanggung rakyat. Tidak ada gunanya.

"Ia hanya menggalakkan orang yang telah ditolak oleh rakyat atau orang lain untuk dibawa ke Parlimen dari pintu belakang melalui Dewan Negara memandangkan dalam undang-undang Parlimen juga termasuk Dewan Negara," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata Parlimen yang merupakan dewan perundangan yang tunggal, seperti juga kedudukannya di Singapura, merupakan yang paling sesuai demi kepentingan awam.

Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata kemasukan beberapa personaliti dalam barisan Kabinet tidak sepatutnya dilakukan.

"Mana-mana ahli Kabinet yang dikatakan cukup berwibawa semestinya termasuk individu yang berintegriti dengan reputasi yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan bahawa penilaian itu hanya boleh dibuat secara langsung melalui pilihan raya oleh rakyat dan bukan melalui pelantikan, katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.