Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khairy diminta buktikan

80% pandangan orang melayu dikampung-kampung memahami jika menteri itu dari kerajaan pusat mereka adalah menteri UMNO/BN yang menjajakan hal tersebut adalah orang UMNO sendiri  - Pak Karamu

Friday, May 17, 2013

Ini kementerian belia, bukan kementerian belia Barisan Nasional kata Khairy..


Walaupun aku tak sokong dia sebab dia bersama UMNO.. Tahniah aku ucapkan buat YB Khairy kerana kenyataannya ini amat proffesional..

Ianya sepatutnya diamalkan sedari dulu lagi oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang telah menjawat jawatan Menteri.. Jadilah Menteri kepada rakyat Malaysia bukannya Menteri kepada Barisan Nasional..

Malangnya.. UMNO ketandusan pemimpin dari golongan muda, maka idea yang sama terus dipraktikkan sejak dari negara merdeka lagi.. gagal membawa pembaharuan kerana kebanyakkan yang ada adalah pemimpin re-cycle...

Bayangkan bagaimana agaknya jika pemimpin-pemimpin muda yang berada dalam Pakatan Rakyat menerajui pentadbiran negara.. sudah tentu lebih baik jadinya..

Tapi apakan daya.. khianat sesama kita menghalang segalanya..

Kerajaan perlu membuka pintu kepada semua pihak untuk terlibat dengan agenda kerukunan nasional selepas pilihan raya dan tidak membalas dendam kepada mana-mana pihak, kata Khairy Jamaluddin.

"kerukunan nasional, pastikan pintu terbuka untuk semua pihak. Ini secara umum sahaja, bukan untuk Kementerian Belia dan Sukan sahaja.

"Jangan kita bertindak dengan membalas dendam kepada mana-mana pihak," kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau juga berkata, kementeriannya akan mendapatkan idea pelbagai pihak, termasuk daripada sayap Pemuda pembangkang dalam agenda untuk menyahut seruan kerukunan nasional perdana menteri.

"Sudah tiba masanya rakyat maju ke depan dalam usaha menuju pembangunan dan transformasi. Bagi Kementerian belia dan sukan, akan akan bertemu dengan Pemuda parti politik termasuk pembangkang untuk mengadakan dialog.

"Saya tidak ada masalah dengan perkara itu. Saya akan menulis surat kepada semua Pemuda parti politik, Pemuda PAS, datang bersembang dengan saya, apa idea kamu, dan apa jangkaan kamu. Ini cara saya untuk mempromosi kerukunan nasional.

"Ini adalah kementerian belia dan sukan Malaysia, bukan kementerian belia dan sukan Barisan Nasional," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan kerukunan nasional oleh Datuk Seri Najib Razak susulan fenomena yang digelarkannya sebagai "tsunami Cina" semasa pilihan raya umum ~ Malaysiakini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.