Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LANCO PUNYA KERJA

ZON PANAS ! Apa sudah jadi Sg. Acheh dan Nibong Tebal haa ?

Tinjauan terus ke pusat-pusat mengundi di DUN Sg. Acheh keseluruhannya dapat dibaca dibawah :

1. Jentera BN menguasai sepenuhnya di Pusat2 Mengundi DUN Sg. Acheh. 

2. Barong/Pondok Panas - perayu undi - langsung tidak kelihatan petugas dari PAS khususnya di kawasan yang dibenarkan untuk merayu undi. Petugas PKR/Keadilan sangat sedikit dan tidak aggresif, sekadar berbual-bual sesama sendiri.

3. Poster calon PAS masih kelihatan di tempat strategik disekitar Nibong Tebal/Sg. Acheh biarpun laluan calon mutlak untuk DUN Sg. Acheh telah diberikan kepada PKR.

4. Tidak ada barong PAS/PKR didirikan dikebanyakan Pusat Mengundi. Hanya wujud barong BN sahaja.

5. Pengamatan awal setelah 2 jam berlegar ke seluruh DUN Sg. Acheh termasuk ke Sg. Chenaam, memperlihatkan jentera BN menguasai sepenuhnya 

RUMUSAN : Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Di Kendong KECICIRAN.

Pengamatan Awal Penulis - DUN Sg Acheh dan Parlimen Nibong Tebal - 2 kerusi Pakatan Rakyat di situ besar kemungkinan kita TEWAS@KALAH. Keputusan yang mahu dilihat malam ini - berapa ribu undi ROSAK ter-rekod di Parlimen ini kali. Untuk Menang..menang ? unsangkarable..!! 

Sebentar lagi akan diterbitkan apa kata pengundi DUN Sg. Acheh yang turun mengundi pada pagi tadi. Betullkah berlaku protes dan boikot undi dan calon ? Tunggu sebentar lagi...! PANASSSSS....!!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.