Saturday, May 4, 2013
Peserta Flashmob parah dipukul samseng BN di Ipoh
IPOH: Tiga peserta ‘flashmob’ Pakatan Rakyat parah dan puluhan
yang lainnya cedera apabila diserang oleh penyokong BN ketika membuat
aktiviti itu.
Kejadian berlaku di Station 18, Pengkalan Pegoh, Ipoh petang tadi
apabila kira-kira 200 penyokong BN berkonvoi dan bertembung dengan
penyokong Pakatan Rakyat.
Suasana menjadi kecoh apabila ada dari kalangan penyokong BN membuat
provokasi sehingga berlaku ketegangan sebelum mereka melakukan tindakan
ala samseng dengan memukul dengan senjata seperti kayu, batu bata dan
topi keledar.
Insiden tersebut menjadi kecoh kerana ianya berlaku ditengah-tengah simpang empat jalan besar.
Seorang mangsa, Muhammad Rahmat, 28, berkata, program flashmob pada
mulanya berlangsung dengan aman namun setelah kehadiran penyokong BN
menyebabkan keadaan menjadi huru hara.
Jelas beliau, ada dikalangan penyokong BN yang berkonvoi bersama-sama
calonnya Dato’ Hamidah Osman telah melakukan provokasi terhadap peserta
flashmob.
“Mereka berpakaian logo BN dan I Love PM seolah-olah sengaja inginkan
kejadian itu berlaku apabila bertembung dengan kami dan mereka telah
memukul peserta termasuk saya dengan kayu, batu dan topi keledar.
“Saya dihentak dengan topi keledar namun saya tidak membalas tindakan
itu dan ditenangkan oleh rakan-rakan,” katanya ditemui Harakah di tempat
kejadian.
Jelasnya lagi, penyokong BN turut menyerang secara rambang kepada peserta flashmob terutama yang merakam insiden itu.
Para peserta konvoi selepas itu berjaya ditenangkan dan bersurai secara aman.
Ke semua mangsa tersebut telah dibawa ke Hospital Besar Ipoh untuk rawatan lanjut.
1 orang berkata:
zzzzz2018.7.7
ralph lauren uk
moncler jackets
snapbacks wholesale
canada goose jackets
ralph lauren outlet
golden goose
issey miyake
adidas superstars
hugo boss outlet
true religion outlet
Post a Comment