Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Setakat kutuk nak sampai mana ! Hangpa kutuk hangpa berdosa !



Panas!! Penyitaan Akhbar Suara Keadilan dan Harakah Dari Vendor Akhbar Secara Mengejut Oleh KDN Dikutuk.. Jom Terjah!!

Kenyataan media bertarikh: 23.05.2013



Tajuk: “PKR Kedah mengutuk penyitaan akhbar Suara Keadilan dan Harakah dari vendor akhbar secara mengejut oleh Kementerian Dalam Negeri pada awal pagi hari ini di seluruh Kedah.”

PKR Kedah mengutuk penyitaan akhbar Suara Keadilan dan Harakah dari vendor akhbar secara mengejut oleh pegawai penguatkuasa dari Kementerian Dalam Negeri pada awal pagi ini di seluruh Kedah.

Penyitaan Suara Keadilan dan Harakah di Kedah hari ini yang secara mengejut adalah langkah berunsur politik yang jelas untuk menyekat rakyat Kedah untuk mendapatkan berita pihak pembangkang, terutamanya kritikan pihak pembangkang berkenaan dengan penipuan di Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Saya percayai bahawa tindakan keras (crackdown) terhadap akhbar pihak pembangkang ini adalah disebabkan BN gagal untuk menghalang beratus-ribu rakyat Malaysia keluar memberi sokongan bagi Himpunan Black 505 di seluruh Negara, walaupun mereka telah menggunakan ugutan intimidasi dan ugutan untuk menahan pemimpin politik dan aktivis-aktivis.

Bagi 5 tahun yang lepas ini, rakyat Kedah menikmati hak dan akses kepada kebebasan bersuara dan mendapatkan maklumat, khususnya dari akhbar-akhbar parti pembangkang, tanpa sebarang gangguan dari pihak berkuasa.

Dengan tindakan menindas yang terbaru ini, rakyat Kedah, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan luar Bandar yang tidak mempunyai atau mempunyai akses terhad kepada media berdigital, akan disekat dari mengekses berita berkenaan dengan pihak pembangkang.

Baru minggu lepas ini, Menteri Besar baru kita, Mukhriz Mahathir tidak membenarkan Pakatan Rakyat menggunakan Stadium Suka Menanti untuk mengadakan perhimpunan Black 505 bagi memberitahu rakyat Kedah bagaimana mereka telah ditipu dari kemenangan dalam Pilihan Raya Umum. Walaupun Mukhriz menolak permohan tersebut, berpuluh ribu Kedahan telah hadir ke himpunan pada hari Selasa, untuk mendengar pemimpin Pakatan Rakyat memberi ucapan tentang bagaimana BN telah menipu dan mendapatkan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum.

Dengan ini, saya mendesak MB Mukhriz, sekiranya beliau tidak bersetuju dengan penindasan terbaru di Kedah ini, sertailah saya untuk mengutuk Kementerian Dalam Negeri terhadap penindasan tidak berasas ini untuk menyekat hak rakyat Kedah dari bebas mendapatkan maklumat dan menyuara sepertimana yang telah dinikmati 5 tahun yang lalu.

GOOI HSIAO LEUNG
Ahli Parlimen – Alor Setar

SUMBER

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.