12 September 2013
3 MINAT DIAMANAHKAN SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN DAN 10 NAIB PRESIDEN
3 orang pimpinan PAS berminat untuk diamanahkan sebagai Timbalan Presiden dan 10 orang bagi jawatan Naib Presiden.
Sumber dalaman PAS melihat bahawa penyandang jawatan, Mohd Sabu, Naib
Presiden Husam Musa dan Ketua Penerangan, Tuan Ibrahim Tuan Man sedang
berkira-kira untuk menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden.
Mohd Sabu telah pun mengesahkan bahawa beliu akan tetap mempertahankan
amanah yang diterima pada Muktamar PAS dua tahun lalu. Manakala Tuan
Ibrahim pernah bertanding jawatan tersebut bersama Mohd dan Nasarudin
Mat Isa pada pemilihan 2 tahun lepas.
Husam pula walaupun tidak mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan negeri
tetapi kehebatan dan buah pemikirannya serta 'track record' lalu mampu
menggugat kedua-dua calon lain. Andai berlaku pertandingan 3 penjuru,
adalah dipercayai Tuan Ibrahim akan menang dengan mudah kerana undi akan
terpecah 3. Perkara ini yang berlaku pada pemilihan lepas di mana undi
Tuan Ibrahim dan Ustaz Nasruddin Mat Isa pecah. Malah jika undi Tuan
Ibrahim dan Ust Nasa digabung ianya mengatasi undi Mohd Sabu.
Bagaimana pula dengan keadaan Naib Presiden.? Penyandang sekarang
Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Husam Musa dikatakan mempertahankan
jawatan mereka cuma Husam yang belum menyatakan pendirian samada memilih
Naib Presiden atau Timbalan Presiden.
Lain-lain pimpinan yang dikatakan berminat untuk diberi amanah sebagai
Naib Presiden ialah Dr Mujahid Yusof, Nik Mohd Amar Abdullah, Ustaz
Idris Ahmad, Muhammad Nizar Jamaluddin, Mohd Hatta Ramli, Ir Khalid
Samad dan Nasruddin Hassan At Tantawi. Penyertaan mereka ini sudah akan
memberi peluang kepada muka-muka baru untuk menyertai kabinet AJK PAS
Pusat. Selain dari itu bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul
Razak sudah hampir pasti tidak mahu diberi amanah sebagai AJK PAS Pusat.
Beberapa muka baru dijangka akan turut sanggup diberi amanah sebagai AJK
PAS Pusat .........namun apa yang pasti pemilihan PAS tidak akan
mengucar kacirkan PAS kerana mereka bertanding dalam suasana ukkhuwwah
yang baik dan berakhlaq tidak seperti parti-parti lain.


0 orang berkata:
Post a Comment