• Mukhriz Tun Dr Mahathir Mukhriz Tun Dr Mahathir
1 / 1
SHAH ALAM – Datuk Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Maznah Mazlan antara calon yang menjadi perhatian dalam pemilihan Umno.

Menurut penganalisis politik, ini disebabkan mereka dilihat mempunyai peluang memenangi jawatan ditandingi, bersandarkan kekuatan masing-masing.

Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, Mukhriz, yang bertanding jawatan naib presiden, mampu memberi saingan sengit kepada tiga penyandangnya, berbanding dua lagi calon, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

“Tidak dinafikan, ketiga-tiga penyandang jawatan naib presiden berpengaruh, di samping memegang portfolio penting dalam kementerian, sementara Mukhriz belum cukup membuktikan keupayaannya sebagai Menteri Besar.

“Bagaimanapun, kita boleh nampak usaha Mukhriz yang bersungguh-sungguh menonjolkan kepimpinan beliau dengan misi dan visi tersendiri. Jika beliau meneruskan kempen dengan semangat ini, peluang untuk beliau menang amat besar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya lagi, kehadiran Mukhriz amat diperlukan bagi memastikan gandingan naib presiden diwakili muka lama dan baru.

“Umno wajib memberi peluang kepada muka baru. Dalam masa 10 tahun ini, pelapis perlu dicari untuk menggantikan tempat presiden dan timbalan presiden sekarang.

"Jadi, Umno sudah perlu mula mencari pemimpin pelapis yang kuat. Mukhriz dilihat menunjukkan ciri tersebut," katanya.

Sementara itu, katanya, Khairy, yang juga penyandang jawatan Ketua Pemuda, dijangka berdepan laluan mudah dalam mempertahankan jawatannya bagi penggal kedua.

“Meskipun berdepan saingan lima penjuru, calon lain agak kurang dikenali. Ini memberi kelebihan kepada Khairy. Lagipun, beliau juga mendapat sokongan baik daripada pucuk pimpinan. Pencalonan lain boleh dianggap sekadar memeriahkan persaingan,” katanya.

Bagi persaingan Ketua Wanita Umno pula, Zainal berkata, kehadiran Maznah tidak boleh dipandang ringan oleh penyandangnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

“Permohonan Maznah di saat akhir jelas menunjukkan ada usaha memastikan Shahrizat tidak menang mudah.