12 September, 2013
Rakyat Makin Tertekan, Najib Pertahan Tindakan Kejam Bank Negara
Datuk Seri Mohd Najib Razak mempertahankan langkah kontroversi Bank
Negara Malaysia (BNM) memendekkan tempoh pinjaman, menegaskan rakyat
Malaysia perlu menguruskan kewangan mengikut kemampuan.
Najib (gambar) yang juga menteri kewangan, semasa berucap di Forum
Alliance for Financial Inclusion (AFI) kali kelima di ibu kota, berkata
misi kerajaan adalah bagi memastikan kefahaman kepada rakyat dalam
melibatkan pengurusan kewangan.
"Misi kami adalah untuk melengkapkan semua rakyat Malaysia dengan kefahaman asas dalam pengurusan kewangan.
"Memberi mereka faham dan peluang untuk mengukuhkan kedudukan kewangan mereka," kata Najib.
Perdana Menteri juga berkata langkah tersebut juga bagi memastikan
rakyat menguruskan kewangan berdasarkan kemampuan mereka dan tidak
berlebihan.
"Hal ini kerana sesetengah orang hidup lebih daripada kemampuan mereka," kata Najib lagi. ~the malaysian insider



0 orang berkata:
Post a Comment