13 September, 2013
Mahathir Mungkin TerSENTAP Dengar Berita Ni..
Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan menjawab segala persoalan yang
dibangkitkan oleh bekas bosnya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah.
Dalam satu kiriman pesanan ringkas (SMS) yang dikeluarkan oleh
pejabatnya hari ini, Anwar memaklumkan beliau akan membuat kenyataan di
RCI pada minggu hadapan.
"Datuk Seri akan beri statement beliau depan RCI minggu depan," kata SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.
Dr Mahathir mendakwa kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, bekas
timbalannya itu pasti tahu jika pengeluaran kad pengenalan palsu di
Sabah dibuat secara rasmi oleh kerajaan.
Tanpa menamakan Anwar, bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat
di negara ini menegaskan, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu seharusnya
mengetahui kejadian yang berlaku di Sabah.
"Jika ianya polisi kerajaan, kenapa dia tidak berhentikan?" soalnya.
"Adakah dia akan menipu di suruhanjaya dan mengatakan saya yang arahkan?
Dia mesti tahu, kerana dia timbalan saya," katanya merujuk kepada
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pendatang haram di
Sabah.
Dr Mahathir, 88, dua hari lalu berkata, beliau tidak pernah mengetahui kewujudan Projek IC dan mendakwanya disalah guna.
“Saya tidak pernah tahu mengenai Projek IC sehinggalah baru-baru ini,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan panel RCI.
Dr Mahathir mendakwa, beliau tidak kisah apabila namanya digunakan, dan
berkata namanya digunakan di banyak tempat dan beliau digelar perkauman
dan seorang ultra. ~the malaysian insider



0 orang berkata:
Post a Comment