14 September, 2013
Akhirnya.. Tanda Putera Mohon Maaf Pada Lim Kit Siang
Laman Facebook rasmi filem kontroversi Tanda Putera hari ini memohon
maaf secara terbuka berhubung gambar dikatakan Lim Kit Siang kencing di
tiang bendera rumah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris,
selepas setahun kesilapan itu berlaku.
Pihak pentadbiran laman sosial itu, salah seorang daripada pengendali
laman rasmi filem itu menerima sekeping gambar yang dihantar daripada
pengguna internet.
"Admin masa tu, kawan kita gak, terima link dari pengunjung yang hantar
gambar Lim Kit Siang dan caption salah. Admin muda kita pun bukan
sengaja, dia ingat benda tu betul, dia upload," katanya di laman
Facebook berkenaan.
Pentadbir laman itu berkata, gambar itu dipadam apabila menyedari berlaku kesilapan.
"Tapi didelete cepat bila penerbit sedar kesilapan itu. YB LKS ada
menulis tentang kesilapan itu. Tapi semua cyber troopers marah dan
serang Facebook kami. Gambar dan caption dah diturunkan," katanya
merujuk kepada Penasihat DAP itu.
Pengendali akaun Facebook Tanda Putera itu juga menafikan mempunyai niat
dengan sengaja untuk memuat naik dan menulis kapsyen gambar itu, tetapi
ia sebenarnya dihantar oleh orang lain.
"Admin masa tu pun dah minta maaf. Penerbit pun dah minta maaf secara
bertulis atas perkara tak sengaja itu. Tapi kami diminta buat ucapan
mohon maaf itu dalam Facebook.
"Tak ada masalah, kami akan lakukan. Gambar serta caption tersebut bukan
ciptaan kami tapi dihantar kepada kami. Ini antara episod dalam sejarah
Tanda Putera yang sering menjadi bahan politik bukan atas kehendak
kami. Terlalu banyak tuduhan palsu dan tanpa asas dibuat mengenai filem
ini dan penerbitnya. Tetapi kami tak akan melatah dan ambil tindakan
bagi setiap tohmahan – hanya yang dikira perlu sahaja," katanya.
Terdahulu bekas pegawai atasan polis, Tan Sri Yuen Yuet Leng tampil
mengesahkan insiden kencing di hadapan kediaman Menteri Besar Selangor
pada 13 Mei 1969 itu adalah rekaan semata-mata.
Menurut Lim Kit Siang, Yuen mengatakan kalau memang ada orang yang
berani berbuat demikian, tidak mungkin dia dapat meninggalkan kediaman
Menteri Besar Selangor itu dalam keadaan bernyawa. ~the malaysian insider



0 orang berkata:
Post a Comment