Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Artis Rogol Anak Tiri: Di Penjara 20 Tahun, 10 Kali Sebatan


Kajang: Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan terhadap seorang anggota kumpulan hip-hip popular tahun 2000 selepas didapati bersalah merogol anak tirinya lapor Sinar Harian.

Guru vokal berusia 38 tahun yang bekerja dengan beberapa badan kerajaan itu tenang apabila mahkamah membuat keputusan berkenaan tetapi kelihatan menitiskan air mata sewaktu mahkamah berehat seketika sebelum menjatuhkan hukuman.

Tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang kini berusia 15 tahun di bilik tidur gadis itu di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, Gombak dekat sini, pada pukul 9 pagi, 2 Februari 2012.

Adalah difahamkan bahawa ibu mangsa dan tertuduh telah lama bercerai.

Hakim Nor Hazani Hamzah berkata, keterangan yang diberikan mangsa adalah berwibawa selain pengesahan doktor terdapat koyakkan pada kemaluan mangsa.

“Selepas kejadian itu, mangsa menceritakan peristiwa berkenaan kepada dua saksi (kedua-dua mereka adalah guru sekolah mangsa). Keterangan kedua-dua saksi bebas itu adalah berwibawa,” katanya.

Nor Hazani menambah, pihak pembelaan pula gagal menimbulkan keraguan munasabah dan akhirnya ‘menyokong’ pihak pendakwaan.

Mahkamah juga turut mendengar kenyataan mangsa terhadap kesan yang dialaminya sebelum menjatuhkan hukuman.

“Saya rasa tidak selamat dan jijik pada diri sendiri. Saya rasa saya telah hilang perasaan untuk hidup sehingga mendorong saya beberapa kali untuk membunuh diri.

“Saya tidak tahu apa akan jadi dengan masa depan saya kerana ia kelihatan suram. Saya juga takut untuk kembali ke sekolah, takut bahawa episod gelap ini berulang,” kata gadis itu sambil menangis ketika memberi kenyataan.

Peguam bela tertuduh iaitu Azmi Talib memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menanti rayuan di Mahkamah Tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fadzlin Abd Zawawi bagaimanapun membantah permohonan itu sambil berhujah bahawa tiada keistimewaan tertuduh untuk dibiarkan bebas.

Nor Hazani bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin dan menaikkan jumlah wang jaminan daripada RM15,000 kepada RM80,000.

Bagaimanapun tertuduh gagal membayar wang jaminan itu menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Penjara Kajang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. -SH

BERITA SEBELUM INI


[Hiburan] Bekas Anggota Ruffedge Didakwa Di Mahkamah Kerana Rogol Anak Tiri


Seorang bekas anggota kumpulan Ruffedge hari ini didakwa merogol anak tirinya berumur 14 tahun, Februari lalu. Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad. Dia yang memakai baju kemeja-T berwarna biru didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari lalu.


Kenapa ramai orang tidak ingat siapa dia ni? Dia menyertai kumpulan Ruffedge semasa kumpulan itu sudah tidak berapa popular. Ahli asal kumpulan Ruffedge adalah Azan, Cat, Zain, Amer dan Mode. Jadi lelaki ini bukanlah antara kelima-lima yang kami sebuatkan tadi. Apabila Cat, Amer dan Mode keluar dari kumpulan Ruffedge, barulah lelaki ini dan Nine ( bekas anggota kumpulan Phyne Ballerz ) masuk.

Kumpulan asal Ruffedge

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Dalina Ali tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa. Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberi jaminan kerana dia perlu menyara kedua anak kandungnya. Roszianayati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh tinggal serumah dengan mangsa dan tidak mengganggu mangsa. Tertuduh juga diarah melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula kes.

Kes ini sudah lama berlaku dan kalau anda semua masih ingat lagi, website Rotikaya hampir disaman gara-gara menuduh silap orang kerana kes ini. Khabarnya di laman Facebook, anak tertuduh memang mempunyai simptom trauma dirogol seperti suka memakai baju berlapis-lapis dan dia sendiri pergi ke balai polis untuk membuat aduan kerana bimbang adik perempuannya pula bakal menjadi mangsa kerakusan bapa tirinya itu.

Pengajaran untuk ibu khasnya, jangan sesekali meninggalkan anak-anak macam itu saja walaupun anak perempuan ditinggal dengan adik beradik lelaki. Itu harus juga dipantau kerana ada anak-anak ini kalau terjadi apa-apa, dia malu atau takut nak bagitahu ibubapa. Cari kawan-kawan, guru, jiran untuk bertanya mengenai hal anak-anak kita. Jangan mudah percayakan orang pada zaman sekarang ini.
-wanista

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.