Beri ruang Pemuda Pas cawangan kemuka cadangan
-
Hafez (kanan) bersalaman dengan sebahagian besar perwakilan Pemuda Pas kawasan Parit
Buntar.
PARIT BUNTAR - Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pas Parit Buntar
menyaksikan perwakilan Pemuda Pas cawangan diberi ruang mencalonkan
jawatan utama dalam parti itu termasuk kepimpinan Pemuda Pusat.
Timbalan Ketuanya, Hairul Nizam Ishak berkata, perwakilan Pemuda Pas cawangan diberi ruang mengundi untuk mencalonkan pemimpin utama pemuda Pas peringkat negeri dan pusat.
“Jika sebelum ini perwakilan menyerahkan kepada kepimpinan Pemuda Pas kawasan untuk mencalonkan semua jawatan pemuda Pas negeri dan pusat.
“Namun, mesyuarat agung kali ini memutuskan perwakilan pemuda mengundi memilih calon bagi jawatan ketua, timbalan dan naib ketua pemuda. Jawatan lain diserahkan kepada kepimpinan kawasan,” katanya kepada Sinar Harian.
Hairul Nizam berkata, ruang demokrasi sebenar terbuka dalam pencalonan kepimpinan parti, namun tidak digunakan sebaliknya diserahkan kepada kepimpinan Pemuda Pas kawasan.
Katanya, Nasharudin Tantawi, Dr Raja Ahmad Iskandar dan Ridhuan Mat Nor dicalonkan bagi jawatan Ketua, Timbalan dan Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat.
“Manakala, Mohd Zawawi Abu Hasan, Mohd Nazri Din dan Hafez Sabri dicalonkan bagi jawatan ketua, timbalan dan Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Perak,” katanya.
Beliau berkata, perwakilan Pas dari cawangan sebenarnya mempunyai hak memilih kepimpinan bukan sahaja peringkat pemuda pusat malah pemimpin Pas Pusat.
“Ramai yang mendakwa Pas tidak membuka ruang demokrasi kepada pemimpin akar umbi sedangkan ruang telah diberi kepada perwakilan Pas dari cawangan tapi tidak digunakan.
“Perwakilan Pas cawangan sebenarnya ada hak mencalonkan pemimpin Pas Pusat termasuk Presiden Pas melalui ruang yang diberi dalam mesyuarat agung Pas Kawasan masing-masing,” katanya.
Sementara itu, Dr Mahyudin Abdul Rahim, Hairul Nizam Ishak dan Sharin Daud kekal memegang jawatan Ketua, Timbalan dan Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Parit Buntar apabila memenangi jawatan tanpa bertanding.
Lapan Ahli Jawatankuasa yang terpilih ialah Ashraf Abdullah, Ridhuan Osman, Zainuddin Osman, Nasharudin Rashidi, Nizam Sarif, Johari Jaafar, Firdaus Ahmad dan Malik Hashimi.
Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pas Parit Buntar yang diadakan di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin , Titi Serong ini dirasmikan Exco Pemuda Pas Perak, Hafez Sabri dan turut dihadiri, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain.

0 orang berkata:
Post a Comment