Filipina lancar serangan udara
ZAMBOANGA - FILIPINA - Tentera Filipina melancarkan serangan udara ke
kubu Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) untuk menamatkan
ketegangan di bandar itu, selepas pelan gencatan senjata gagal.
Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Ramon Zagala berkata, serangan
udara itu dilakukan secara berterusan bagi memberi tekanan kepada MNLF
untuk menghentikan serang balas.
“Ini adalah tindakan akhir yang wajar dilakukan sejak lapan hari
operasi ketenteraan dilakukan di kawasan itu,” katanya dipetik laporan
AFP
Menurutnya, kumpulan bersenjata itu kini dipercayai hanya menawan tujuh
tebusan, berbanding lebih 100 sebelum ini dengan kebanyakan mereka
berjaya melarikan diri.
Sejak operasi tentera disertai kira-kira 3,000 tentera elit, seramai 51
anggota MNLF terkorban, enam askar, seorang anggota polis dan empat
orang awam.


0 orang berkata:
Post a Comment