Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

had, 8 September 2013

"Saya Ada Calon Pilihan Sendiri"..TG Nik Aziz

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai Presiden Pas dalam Muktamar Tahunan Pas kali ke-59, November ini, sekali gus memberi signal kepada perwakilan supaya jawatan itu tidak dipertandingkan.

Dalam masa yang sama beliau menyerahkan kepada ahli Pas untuk memilih calon Timbalan Presiden yang kini disandang Mohamad Sabu, namun menegaskan ia perlu diangkat dari golongan ulama.


“Saya berdoa dan minta Haji Hadi yang banyak pengalaman dan ilmu, kalau boleh, biar dia teruskan jadi Presiden, tetapi timbalan atas undi dan tentulah saya nak orang ulama jadi timbalan beliau,”katanya selepas kuliah mingguan di Dataran Ilmu, disini, semalam.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan portal berita yang memetik twitter Yang Dipertua Pas Padang Serai, Fauzi Tahir mahu menawarkan diri bagi mencabar Abdul Hadi merebut jawatan nombor satu itu pada muktamar kali ini.


Fauzi berkata, penawarannya itu bukan ingin berlawan atau mencabar Abdul Hadi tetapi adalah untuk menguji ahli Pas seluruh Malaysia tentang kefahaman mereka terhadap perlembagaan parti.


Nik Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan itu mengakui mempunyai calon pilihan sebagai timbalan presiden, namun tidak mahu mendedahkan sebaliknya menyerahkan kepada ahli Pas untuk membuat keputusan terbaik.


"Saya tidak boleh sebut nama orang pilihan saya, orang yang nak jadi timbalan kena calon nama dia, orang nak pilih atau tidak itu terpulanglah kepada ahli, saya tidak boleh sebut nama dia," katanya.


Mengulas lanjut mengenai pemimpin bertaraf ulama yang beliau inginkan, Nik Aziz berkata, semua pemimpin Pas mempunyai ciri-ciri ulama, namun apa yang membezakan mereka adalah ilmu agama yang dituntut.


Dalam pada itu, desas desus yang mengatakan Nik Aziz berada keadaan kritikal akibat penyakitnya terungkai apabila dia membuat kejutan muncul dalam kuliah itu setelah beberapa minggu tidak hadir.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.