Kes saman fitnah Husam - Kickdefella selesai
KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah antara Naib Presiden Pas, Datuk Husam
Musa dan penulis blog 'Kickdefella' atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed
Abdul Aziz selesai hari ini berdasarkan persetujuan kedua-dua belah
pihak.
Persetujuan penyelesaian itu direkod Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong (male) semasa kes disebut di hadapan beliau.
Berdasarkan terma yang dipersetujui, Syed Azidi perlu menyiarkan
kenyataan maaf menerusi akhbar Sinar Harian dan blog 'Kicdefella'
miliknya dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.
Menerusi terma tersebut, beliau menyatakan kekesalan di atas penyiaran
sebuah artikel di akhbar itu pada 25 Julai 2012, dan memohon maaf
sekiranya kenyataannya telah menimbulkan kekeliruan.
Kedua-dua pihak hadir ke mahkamah dan tiada sebarang kos ditetapkan. Husam memfailkan saman itu pada 21 Feb lalu. Beliau diwakili peguam
Noorazmir Zakaria manakala peguam Datuk Jahaberdeen Mohd Yunos mewakili
Syed Azidi. - Bernama


0 orang berkata:
Post a Comment