Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 19 September 2013

Parlimen: Isu pengundi Bangladesh dijawab Isnin ini

KUALA LUMPUR - Isu pengundi Bangladesh dan gangguan bekalan elektrik semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada Mei lepas adalah antara soalan yang akan dijawab oleh kerajaan pada persidangan Dewan Rakyat Isnin ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, yang bertanggungjawab mengenai Parlimen berkata: "Pada persidangan kali ini kita akan menjawab beberapa isu termasuklah dakwaan kononnya 40,000 warga Bangladesh mengundi pada PRU-13".

Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Parlimen ke-13 bagi persidangan Dewan Rakyat akan bermula Isnin ini, dan berlangsung selama lapan hari sehingga 3 Oktober depan, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata persidangan Dewan Negara pula dijadualkan bermula selepas persidangan Dewan Rakyat, iaitu pada 7 Oktober selama empat hari.

Shahidan berkata isu warga Bangladesh mengundi pada PRU-13 perlu dibangkitkan dalam Parlimen supaya rakyat tidak terus dibohongi.

Shahidan menambah dua notis mengenai rang undang-undang baru, yang enggan diulasnya, telah dihantar kepada semua anggota Parlimen. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.