Lagi tebusan ditawan MNLF
ZAMBOANGA - FILIPINA. Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF),
semalam dilaporkan menawan puluhan lagi tebusan dan turut berbalas
tembakan dengan tentera dalam insiden serangan yang masuk hari kedua di
bandar Zamboanga di selatan Filipina.
Datuk Bandar Zamboanga, Maria Isabelle Climaco Salazar berkata, kumpulan pemberontak itu kini telah menawan seramai 170 penduduk di enam kampung yang kini menjadi tempat persembunyian mereka.
"Kesemua tebusan itu turut dijadikan sebagai perisai manusia selepas tentera bertindak mengepung bandar Zamboanga sejak kelmarin," menurutnya lagi.
Menurut laporan AFP, dalam satu kenyataan lain, Setiausaha Dalam Negeri, Mar Roxas memaklumkan tentera berjaya mengawal keadaan dan konflik itu dijamin tidak akan merebak ke kawasan atau wilayah lain.
Beliau turut menganggarkan serangan pada kali ini disertai 180 pemberontak bersenjata MNLF.

0 orang berkata:
Post a Comment