MP: Tambah BR1M bukan tindakan bijak
KUANTAN - [Dikemaskini] Keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan
diesel kerana ingin meningkatkan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
bukan satu langkah bijak dalam menangani bebanan yang ditanggung rakyat.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, peningkatan jumlah BR1M bukan penyelesaian terbaik memandangkan tidak semua rakyat dapat menikmatinya selain ia adalah dasar kurang bijak oleh kerajaan.
Menurutnya, ia bukan penyelesaian mutlak apabila kerajaan membuat keputusan menaikkan harga minyak bermula semalam.
“Kenaikan harga minyak dan pemberian BR1M adalah satu perkara yang berbeza. Walaupun kenaikan minyak hanya 20 sen, namun, bagi rakyat yang berpendapatan rendah, ia melibatkan jumlah perbelanjaan yang banyak dalam setahun.
“Ia memberi impak yang besar kepada golongan yang tidak mampu, dan ia harus dipertimbangkan kerajaan sebelum keputusan itu dibuat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Fuziah berkata, kerajaan seharusnya memikirkan manfaat kepada semua rakyat dan bukannya sesetengah pihak semata-mata.
Beliau menyifatkan, tindakan kerajaan memberi BR1M kepada golongan yang layak adalah untuk ‘mengikat’ rakyat supaya terus menyokong BN.
“Kerajaan perlu lebih rasional dan berfikir panjang jika alasan kenaikan minyak ini adalah untuk mengukuhkan ekonomi,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment