Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Pengusaha restoran parah ditembak di dada
 
  • tembak Pihak polis meneliti lokasi kejadian di Kawasan Perniagaan Taman Merak.
1 / 3
NIBONG TEBAL - Seorang lelaki cedera parah akibat ditembak di bahagian dada ketika sedang memberhentikan keretanya di Kawasan Perniagaan Taman Merak hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 3.15 petang itu, mangsa yang merupakan pengusaha restoran itu terkena satu das tembakan yang dilepaskan seorang lelaki bermotosikal.

Difahamkan, mangsa yang berusia 40-an itu memberhentikan keretanya untuk ke restoran berhampiran dan bertemu rakannya sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Honda.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, salah seorang suspek dipercayai melepaskan empat das tembakan ke arah cermin depan dan sisi kereta mangsa.

"Salah satu das tembakan mengenai dada mangsa dan suspek kemudiannya melarikan diri sehingga ke Jalan Perusahaan Bukit Minyak.

"Walau bagaimanapun, motosikal terbabit mengalami kerosakan dan ditinggalkan kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.

"Kedua-dua suspek meninggalkan motosikal mereka di tepi jalan sebelum dipercayai diambil oleh rakan mereka dengan menaiki sebuah kereta," katanya.

 Beliau berkata, polis turut menemui sarung pistol, dua topi keledar dan baju yang ditinggalkan suspek di kawasan itu.

 "Mangsa dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan kini dilaporkan stabil.
 "Siasatan awal mendapati motosikal dan kereta yang dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu.

 "Tidak mustahil kes ini mempunyai kaitan dengan kejadian tembakan rambang yang mencederakan enam pelanggan di kedai kopi milik mangsa di Taman Kasawari, Simpang Ampat pada 23 Ogos lalu," katanya.

 Mazlan memaklumkan, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan pihak polis turut akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di lokasi kejadian

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.